Peguam Kriminal
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Peguam Kriminal
Author: Ariff Azami Hussein
Publisher: ILHAM Press
ISBN: 978-967-2007-43-2
Weight: 0.35 kg
Year: 2021
Page: 183 pp
Price: RM35
Kerap kali status kerjaya peguam jenayah menjadi persoalan yang bermain di kepala kita. Adakah mereka ini bersekongkol dengan penjenayah untuk melepaskan diri secara sah melalui proses perundangan? Apakah sistem perundangan kita sebegitu longgar sehinggakan peguam jenayah ini boleh melepaskan anak guam mereka yang dituduh dari kesalahan di mahkamah?
Buku Peguam Kriminal merupakan karya pertama Ariff Azami yang terkenal dengan blog Loyar Berjurus ini akan merubah pandangan anda terhadap kerjaya peguam jenayah yang seringkali dipandang negatif dalam masyarakat.
Menyoroti perjalanan kes dan kisah sebalik tabir seorang peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dunia penuh teknikaliti ini dengan bahasa yang ringkas, dan mudah difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.
Innocent until proven guilty!
"Satu cetusan pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi bersama dengan masyarakat tentang liku-liku dan tanggungjawab seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah di negara ini."
Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Peguambela dan Peguamcara
------
Ariff Azami bin Hussein atau namapenanya Loyar Berjurus mempunyaikelulusan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Hons) daripada Kulliyyah Undang-UndangAhmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan seorangpeguambela dan peguamcara yang beramal sebagai peguam kes-kes jenayah. Beliaujuga pernah berkhidmat sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya. Kini, beliauadalah rakan kongsi di firma guaman Tetuan Azizzul & Ariff yang beralamatdi Bangi.
------
Untuk membaca salah satu bab dalam buku ini,rujuk di sini.