Pelampau Keganasan di Malaysia: Sejarah
- Regular price
- RM 0.00
- Sale price
- RM 0.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pelampau Keganasan di Malaysia: Sejarah, Isu & Ancaman
Editor: Kamarulnizam Abdullah, Norazam Mohd Noor, Jamaliah Said & Lokman Effendi Ramli
Publisher: USIM Press
ISBN: 9786297636849
Weight:
Pages:
Year: 2024
Price: RM48
Keganasan melampau terbentuk daripada pelbagai orientasi sama ada daripada individu ataupun kumpulan. Aksi keganasan ini terhasil daripada sikap untuk mempertahankan ideologi politik yang berbeza daripada penerimaan majoriti ataupun luar daripada sistem yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat atau negara.
Ideologi yang ingin diperjuangkan dinilai melampau daripada pegangan nilai dan norma masyarakat. Namun mereka yang memegang kuat ideologi yang menyongsang" ini percaya bahawa ideologi tersebut dapat membaiki kepincangan masyarakat ataupun menstrukturkan semula negara. Mereka ini merupakan golongan minoriti tetapi percaya bahawa ideologi mereka boleh diterapkan walaupun dengan menggunakan keganasan.
Buku ini menghimpunkan 10 bab berkenaan keganasan melampau merangkumi permulaan dan sejarah terbentüknya kumpulan keganasan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan sehinggalah akta atau hukuman yang dikenakan terhadap pelampau keganasan. Buku ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan IPSOM dalam membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (National Action Plan for Preventing and Countering Violent, Extremism) atau NAPPCVE bersama-sama dengan para penyelidik dari UKM, UITM, UM, UIAM, USIM, USM, UniSZA dan UPM serta pengamal dan pembuat dasar keganasan dan keselamatan.