• d1f3cc69d20e8dc85545990ef338f050.jpeg
  • d1f3cc69d20e8dc85545990ef338f050
1

Pembangunan dan Pemerkasaan Wanita Kesejahteraan Kesihatan

Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 0.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pembangunan dan Pemerkasaan Wanita Kesejahteraan Kesihatan, Ekonomi dan Sosial

Editor: Dayang Anita Abdul Aziz, Zarina Abdul Latiff & Muhammad Azad Badrul Hisam
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516699
Weight: 0.256kg
Pages: 164
Year: 2022
Price: RM35

Buku ini telah diterbitkan bagi mendokong usaha pembangunan dan pemerkasaan wanita selaras dengan agenda kerajaan dalam Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita dengan membantu mencapai strategi pelaksanaan dasar yang salah satunya bertujuan untuk memaju dan menyelaras penyelidikan mengenai isu wanita. Buku ini merangkumi 14 bab berdasarkan hasil-hasil dapatan penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Kursi Kepimpinan Wanita dari tahun 2018 hingga 2020 yang merangkumi aspek kesejahteraan kesihatan, ekonomi dan sosial. Dari sudut kesihatan, antara isu yang dibincangkan adalah impak kesihatan amalan khitan bayi perempuan dan kemurungan selepas bersalin. Di bawah perspektif ekonomi, antara topik yang dibincangkan adalah keusahawanan wanita, kemahiran strategik, wanita di peringkat pembuatan keputusan, wanita dalam bidang STEM dan pelaburan digital manakala isu sosial yang dibincangkan pula antaranya berkaitan ibu tunggal, wanita gantung tak bertali, gangguan seksual dalam kalangan wanita, kesaksamaan gender serta keganasan terhadap wanita. Isu-isu yang diketengahkan ini dilihat sebagai isu-isu penting yang dihadapi oleh golongan wanita dan buku ini menawarkan pandangan serta cadangan kepada jalan penyelesaian segera terhadap isu-isu tersebut. Diharapkan hasil, penemuan dan cadangan yang terkandung di dalam buku ini menjadi sumber rujukan terpenting kepada masyarakat dan penyelidik serta dapat membantu dalam penggubalan dasar berkaitan pembangunan dan pemerkasaan wanita pada masa akan datang.