• Image_2428_530x_2x
  • Image_2428_530x_2x
1

Pemikiran Dan Gaya Mengarang Raja Ali Haji

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

PemikiranDan Gaya Mengarang Raja Ali Haji

Author: Kartini Anwar

Publisher: DewanBahasa Pustaka

ISBN: 9789834607111

Year: 2017

Weight: 0.200kg

Pages: 158 pp

Price: RM15

Ketokohan Raja Ali Haji tidak periu diketengahkan lagi. Namun pemikiran dan kepengarangan beliau dalam dunia kesusasteraan Nusantara perlu dikupas sebagai satu wadah penting untuk tatapan generasi masa hadapan.

Buku Pemikiran dan Gaya Mengarang Raja Ali Haji ini wajar dijadikan salah satu teks wajib baca bagi peminat sastera tanah air yang mahu mengenali karya-karya beliau dengan lebih dekat lagi. Tiga elemen penting iaitu pengarang, teks dan khalayak tetap menjadi unsur penting dalam menelusuri pemikiran seseorang pengarang. Dalam pengkajian ini, pengarang menggunakan haluan yang selari agar jalur pemikiran serta kepengarangan Raja Ali Haji dapat dianalisis dan dikupas.

Pengarang telah memberi tumpuan pada karya Raja Ali Haji yang subur dan popular sekitar tahun 1808-1872 Bagaimanakah Raja Ali Haji mampu melahirkan karya hebat seperti Gurindam Dua Belas, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Saniah dan Syair Sultan Abdul Muluk, sehingga diingati dan dikenang generasi kini, telah dihuraikan oleh pengarang sehingga pembaca benar-benar kagum dengan pemikiran Raja Ali Haji.

Membaca teks ini umpama mengenali jiwa dan emosi Raja Ali Haji. Kehebatan dan ketokohannya sering dibicarakan walaupun beliau sudah meninggalkan alam kesusasteraan Nusantara buat selama-lamanya.