Pemikiran Politik Islam Dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu
- Regular price
- RM 58.00
- Sale price
- RM 58.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
PemikiranPolitik Islam Dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu
Author: Auni Haji Abdullah
Publisher:UM Press
ISBN: 978-983-100-827-0
Year: 2015
Weight: 0.200kg
Price: RM58
Buku ini mengetengahkan kajian yang cuba menggali khazanah persuratanMelayu dengan memberikan fokus secara khususnya kepada buah pemikiran Islam yangberkaitan dengan politik dan pemerintahan yang pernah dihasilkan para ulama dancendekiawan Alam Melayu. Karya seumpama ini tidak begitu terserlah selama ini kerana‘tersembunyi’ dalam timbunan kajian dan khazanah sejarah kesusasteraan Melayuklasik. Karya ini mendedahkan kepada pembaca aspek pemikiran politik danpemerintahan Islam dengan menghadam dan memperhalusi jejak pemikiran tujuhorang ulama dan cendekiawan Alam Melayu berpandukan karya-karya mereka. Sesungguhnyakemunculan agama Islam yang telah merombak ekologi politik Alam Melayu bukanhanya sekadar mengubah struktur dan institusi pemerintahan malahan jugamencorakkan falsafah dan pemikiran politik yang mencerna sikap, pandangan danpegangan hidup dalam berpolitik dan bernegara. Sumbangan pemikiran tokoh ulamatersebut menjadi titik-tolak arus perubahan yang kemudiannya merombak paksi dankiblat nilai-nilai politik dan pemerintahan. Pemikiran ketujuh-tujuh tokohulama ini menjurus kepada usaha menerapkan nilai-nilai ajaran Islam ke dalamamalan pemerintahan dan pentadbiran negeri seterusnya mencorakkan sistem,struktur dan institusi pemerintahan. Diharapkan kajian ini juga dapat membukaminda masyarakat pembaca yang berminat ingin menggali warisan pengurusandaripada khazanah persuratan kerana banyak aspek pemikirannya adalah idea danpersoalan yang masih relevan dengan zaman sekarang dan banyak menyangkuti aspekilmu pengurusan moden.