Pemilikan Senjata Api di Malaysia
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pemilikan Senjata Api di Malaysia
Authors: Noor Hazfalinda Hamzah et.al
Publisher: UKM PRESS
ISBN: 9786297547473
Weight: 0.23 kg
Pages: 142 pp
Year: 2024
Price: RM40
Buku Pemilikan Senjata Api di Malaysia (Edisi Kedua) adalah buku ilmlah yang boleh dijadikan bahan rujukan dalam proses memahami dan mengetahui informasi berkenaan senjata api di Malaysia. Buku ini memberikan penerangan yang mendalam, lengkap dan menyeluruh, mengenai senjata api, amunisi dan luka akibat tembakan senjata api serta gambar yang berkaitan. Bukan itu sahaja, undang-undang berkenaan pemilikan senjata api di Malaysia juga diperincikan dengan teliti supaya dapat menjadi panduan kepada semua pembaca. Maklumat yang dikongsi dalam buku ini membolehkan pemilik senjata api dan bakal pemilik senjata api untuk lebih memahami dan menjaga senjata api supaya senjata api yang dimiliki boleh berfungsi serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Selain itu, keselamatan semasa mengendalikan senjata api, jenis senjata api yang boleh didapati pada masa kini, penerangan berkenaan amunisi dan serbuk peledak, jenis amunisi yang sesuai digunakan dengan senjata api yang sepadan juga diterangkan dalam buku ini. Semua penerangan disertakan dengan gambar supaya lebih mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat.