Pendidikan Islam Huraian Konsep dan Aplikasi
- Regular price
- RM 39.00
- Sale price
- RM 39.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pendidikan Islam Huraian Konsep dan Aplikasi
Author: Ghazali Basri
Publisher: IDE
ISBN: 9789672066071
Weight: 0.310
Pages: 180pp
Year: 2017
Price: RM39.00
Pendidikan Islam, dari dulu hingga kini, merupakan teras utama dalam mencorakkan sejarah dan peradaban dunia. Namun begitu, kita harus sedar betapa keadaan masyarakat sentiasa berubah mengikut zaman Pendidikan sepadu dalam sistem dualisme pendidikan di Malaysia adalah hasil penelitian penulis sepanjang tiga dokad terakhir terhadap sejarah pertumbuhan, perkembangan dan cabaran yang dihadapi sistem pendidikan sepadu yang pernah beraksi aktif pada satu ketika dahulu. Buku ini berusaha untuk menghuraikan kedudukan falsafah Pendidikan Islam sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai ciri, autoriti dan epistemologinya sendiri. Oleh kerana perbahasan yang diambil bersifat falsafah dan teoritikal terutama dalam menghuraikan konsep-konsep, namun usaha juga dilakukan dalam bentuk huraian operasional sesuai dengan ungkapan huraian konsep dan aplikasi seperti dalam tajuk buku ini.
Ada tiga prasyarat dalam menentukan kejayaan pelaksanaannya. Pertama, kefahaman yang jelas mengenai konsep, matlamat dan aplikasi pendidikan sepadu harus wujud dalam kalangan semua peringkat: penguasa/pemerintah/ pelaksana-pentadbir dan rakyat umum. Khalayak harus dapat menilai kebaikan pendidikan sepadu dan dapat menjangkakan keburukan yang akan menimpa umat jika ia tidak dilaksanakan. Kedua, komitmen yang tinggi daripada pihak penguasa, pelaksana dasar dan para pentadbir pendidikan yang terlibat secara langsung bagi menjayakannya dan ketiga kesediaan tenaga pakar, para ilmuwan, para guru dalam melaksanakan dasar islamisasi dalam semua aspek pendidikan seperti kurikulum, pendidikan guru dan pembudayaan sekolah. Usaha melakukan Islamisasi ilmu-ilmu sekular dalam pelbagai disiplin hendaklah dijalankan secara berterusan kerana ia bakal menentukan penghasilan bahan bacaan yang relevan dan berkesan yang sekaligus menjadi rujukan bagi semua pelajar pada semua peringkat pengajian.