• PXL_20250131_083843132.jpg
  • PXL_20250131_083843132
  • PXL_20250131_083843132.jpg
  • PXL_20250131_083843132
1

Penerokaan Sekuriti Makanan Global: Status dan Strategi Masa Hadapan

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Penerokaan Sekuriti Makanan Global: Status dan Strategi Masa Hadapan

Author: Asma Qamaliah Abdul Hamid, Mazzlida Mat Deli, Norhidayah Suleiman & Lovina Yogarajan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862784
Weight: 0.4 kg
Pages: 178 pp
Year: 2024
Price: RM34

Penerokaan Sekuriti Makanan Global: Status dan Strategi Masa Hadapan menyediakan analisis yang mendalam tentang keadaan semasa sekuriti makanan global dan khususnya dari perspektif Malaysia.Penyelesaian kreatif diperlukan untuk memastikan masa depan yang mampan dalam era yang ditakrifkan sebagai mencabar terutamanya selepas dunia dilanda polemik COVID-19. Di dalam buku ini, empat laluan dimensi sekuriti makanan iaitu ketersediaan sumber makanan, akses kepada sumber makanan, penggunaan makanan dan kestabilan dan kemampanan makanan di bincangkan dengan terperinci. Berteraskan ini, hala tuju strategi pengukuhan untuk menambahbaik rantaian sistem makanan sedia ada ditawarkan dengan mengambil kira dasar sedia ada. Tidak kira sama ada anda seorang penyelidik. pembuat dasar atau warganegara yang prihatin, buku ini dapat memberi panduan dan membuka sudut pandang yang berbeza serta dapat digunakan untuk memperkasakan sekuriti makanan negara.

Asma Qamaliah Abdul Hamid, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di UKM-Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mazzlida Mat Deli, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di UKM-Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia. Norhidayah Suleiman, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia. Lovina Yogarajan, Pensyarah sambilan. Mempunyai pengalaman menjadi penyelaras program untuk program asasi, sarjana muda dan Sarjana.