Pengangkutan Rel dan Interaksi Sosial
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pengangkutan Rel dan Interaksi Sosial
Authors: Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim, Muhamad Nazri Borhan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862692
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM40
Pengangkutan rel merupakan tulang belakang kepada sistem pengangkutan negara dan memainkan peranan penting dalam memacu perkembangan ekonomi terutamanya di kawasan bandar. Pengangkutan rel merupakan salah satu mod pengangkutan mampan yang menyediakan pelbagai faedah kepada alam sekitar, ekonomi dan sosial. Selain itu, pengangkutan rel turut menjadi penghubung kepada pengangkutan awam yang lain, yang boleh melengkapkan perjalanan orang ramai dari asalan ke destinasi. Seiring dengan agenda kemampanan global, perhatian dunia telah terarah kepada penggunaan mod pengangkutan mampan ini.
Banyak negara termasuk Malaysia telah mempergiatkan pembangunan infrastruktur pengangkutan rel seperti aliran transit massa (MRT), aliran trafik ringan (LRT) dan monorel. Rentetan daripada itu, usaha lebih giat dijalankan untuk mendorong orang ramai memanfaatkan kemudahan pengangkutan rel yang disediakan sebagai mod perjalanan yang mampan, selamat dan efisyen. Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak disambut baik oleh orang ramai berdasarkan statistik penggunaan yang dibincangkan dalam buku ini.
Selain itu, perkongsian mod pengangkutan awam yang dilaporkan adalah rendah dengan 40% berbanding pengangkutan persendirian dengan 60%. Hal ini jelas menunjukkan tindak balas orang ramai atau juga disebut sebagai interaksi sosial memainkan peranan sangat penting dalam kelestarian sistem pengangkutan rel ini. Selain itu, penerimaan sosial juga merupakan indikator penting untuk perkhidmatan ini terus kekal relaven.
Oleh itu, buku ini membincangkan peranan pengangkutan rel terhadap agenda kemampanan dan sekali gus interaksi sosial terhadap pengangkutan utan ini. Hasil perbincangan buku ini dapat menyediakan maklumat penting kepada pihak berkepentingan untuk merangka strategi yang berkesan dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam di kawasan bandar sehingga 40% menjelang tahun 2030.