Penghakiman Bersejarah Mahkamah Agung Pakistan Berkenaan Riba
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penghakiman Bersejarah Mahkamah Agung Pakistan Berkenaan Riba
Penulis: Muhammad Taqi Usmani
Penterjemah: Muhammad Zainiy Uthman & Mohd Hilmi Ramli
Penerbit: CASIS & HAKIM
Tahun: 2017
Bil. Muka surat: 226
Kulit: Lembut
Persoalan rib? yang dibangkitkan dalam penghakiman ini sangat penting untuk difahami dalam amalan perbankan dan kewangan Isl?m semasa yang beroperasi dalam kerangka perbankan dan kewangan moden. Memang benar hujah pihak perayu yang mengatakan bahawa rib? yang wujud dan dimaksudkan dalam al-Qur‘?n dan hadith Nabi adalah rib? yang berkaitan dengan amalan ekonomi antara individu dengan seorang individu yang lain seperti yang pernah berlaku dalam sejarah umat Isl?m. Ini kerana belum wujud lagi entiti kewangan seperti syarikat (corporation), syarikat multi-nasional (multi-national company) dan institusi perbankan dan kewangan, yang semua entiti ini wujud atas takrif “orang” di sisi undang-undang yang dikenali sebagai badan hukum (legal person). Bagi mereka, rib? yang diharamkan adalah rib? yang melibatkan individu dengan individu sahaja, manakala amalan bayaran lebihan yang berganda atas wang pokok mereka antara badan hukum tidak dianggap sebagai riba? yang diharamkan.
Namun, Muhammad Taqi Usmani dan barisan Hakim yang bijaksana yang terlibat mempertahankan hujah mereka berdasarkan tafsiran al-Qur‘?n, Had?th Nabi dan keahlian Para Sahabat dalam memahami sifat hakiki rib?, bukti sejarah, dan kefahaman mereka tentang operasi perbankan dan kewangan semasa, bahawa istilah dan konsep rib? adalah suatu yang jelas lagi terang, tidak mengira masa, tempat dan situasi, bersesuaian dipakai pada setiap individu dan entiti.
"The book is originally a court verdict on riba by Sheikh Taqi Usmani, the retired Chief Judge of Pakistan and renown scholar in Islamic finance. The judgment has created havoc among the regulators, academicians, scholars, banking and financial practitioners because for the first time in the modern history that the matter of riba was brought to the supreme court and after a long and thorough debate in the court, it was finally declared as impermissible."