• Capture74
  • Capture74
1

Pengurusan Keselamatan Industri Halal Menurut Perspektif Maqasid al-Shari''ah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pengurusan Keselamatan Industri Halal Menurut Perspektif Maqasid al-Shari'ah

Author: Azizan Ramli, Mazlin Mokhtar, Tuan Sidek Tuan Muda
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674129538
Weight:
Year: 2019
Pages: 181
Price: RM25

Malaysia merupakan antara negara yang terkehadapan dalam membangunkan industri halat ini selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi juara hab halal global. Selari dengan cita-cita negara ini, pelbagai perbincangan, perkongsian maklumat dan program-program kesedaran halal telah diadakan. Walau bagaimanapun, sehingga kini kebanyakan fokus perbincangan adalah berorientasikan produk perkhidmatan dan peluang perniagaan. Perbincangan di luar skop ini khususnya tentang keselamatan industri yang menjadi sebahagian daripada ekosistem halal masih kurang diberikan perhatian. Oleh itu, perbincangan yang dikemukakan di dalam buku ini cuba memberikan fokus kepada dimensi yang berbeza iaitu hubungan pengurusan keselamatan industri dalam memenuhi piawaian halalan-toyyiban menurut perspektif maqasid al-shariah. Pembangunan industri halal bukan sahaja berkait rapat dengan tuntutan menghasilkan produk halal tetapi juga perlu mempamerkan nilai-nilai Islam yang menyeluruh termasuklah di dalam pengurusan keselamatan dan aktiviti industrinya. 

Tujuan penulisan ini adalah untuk mengetengahkan rangka kerja konsep yang menghubungkan antara maqasid al-shariah, konsep pengukuran dan aplikasinya dalam pengurusan keselamatan industri bagi memperkasa dan menambah baik model kluster industri halal di Malaysia. Selain itu, peluang untuk meneroka dimensi baru bagi perkongsian dan kerjasama (ta'awun) antara pemain industri halal dalam pengurusan keselamatan industri juga diketengahkan. Pelaksanaan pengurusan keselamatan industri khususnya oleh pengusaha industri halal adalah sesuatu yang menjadi tuntutan. lanya bukan sahaja tuntutan sejagat bahkan juga merupakan tuntutan Islam ini bertepatan dengan maqasid al-shariah yang memberi penekanan kepada pengurusan yang bermatamatkan mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan (jalb al-masalih wa dar al-mafasid).