Pengurusan Mapan Minyak Sawit di Malaysia
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pengurusan Mapan Minyak Sawit di Malaysia
Author: Zafir Mohd Makhbul, Lokhman Hakim Osman, Mohd Helmi Ali & Mara Rdhuan Che Abdul Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519140
Weight: 0.277
Pages: 179pp
Year: 2022
Price: RM45.00
Kemapanan minyak sawit merujuk kepada keadaan yang tidak berubah-ubah dan mantap. Walaupun cabaran dan halangan berterusan, namun industri ini terus kukuh dalam meneruskan agenda pembangunan mapan ekonomi negara. Kemapanan minyak sawit sebenarnya merupakan isu sejagat yang menuntut komitmen semua lapisan masyarakat. Pelbagai cabaran telah dilalui dalam melayari usia lebih 100 tahun industri sawit di Malaysia. Cabaran terkini adalah meningkatkan reputasi industri sawit untuk mencapai tahap kemapanan yang diiktiraf dunia. Pelbagai cabaran terhadap kemapanan industri minyak sawit perlu ditangani dengan wajar agar industri ini terus berkembang dan membawa impak positif terhadap perkembangan ekonomi, sosial dan persekitaran. Peralihan paradigma yang lebih sihat dan positif melalui ilmu pengetahuan dan pendidikan mampu mengangkat imej industri minyak sawit sebagai sumber penjanaan pendapatan utama negara. Melalui pembelajaran dan pengalaman lalu, ekosistem industri sawit Malaysia termasuk pekebun kecil perlu berupaya mengadaptasi perubahan, bersikap positif dan bersedia menerima cabaran yang lebih besar dan kritikal selari dengan perubahan persekitaran.