• WhatsApp_Image_2021-05-11_at_16.18.43__3_
  • WhatsApp_Image_2021-05-11_at_16.18.43__3_
1

Pengurusan Psikospiritual Berdasarkan Pemikiran Al-Muhasibi

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pengurusan Psikospiritual Berdasarkan Pemikiran Al-Muhasibi

Author: Arena Che Kasim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512400
Weight: 
Pages: 82
Year: 2021
Price: RM35.00

Al-Muhasibi merupakan salah seorang tokoh Sufi yang terkenal pada zaman silam. Beliau yang terkenal dengan sifat warak dan zuhud telah menganjurkan beberapa pendekatan dan kaedah pengurusan aspek kerohanian atau spiritual yang lengkap dan terbaik untuk memastikan masyarakat kekal patuh kepada segala perintah Allah SWT dan mengamalkan sifat yang terpuji (mahmudah). Malahan, beliau juga turut mengingatkan manusia supaya menjauhkan sifat-sifat tercela yang akan menyebabkan manusia dipandang rendah pada kaca mata manusia dan juga tidak mendapat pandangan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Oleh itu, tulisan ini membincangkan dan mengupas sejauhmanakah pendidikan kerohanian yang berterusan dan betul dapat membantu pembangunan diri manusia yang cemerlang dengan mengamalkan nilai positif dalam kehidupan. 

Tulisan ini juga diharap dapat mencadangkan penyelesaian terbaik terhadap masalah pembangunan manusia yang masih belum selesai dalam masyarakat khususnya di negara kita sehingga melahirkan pelbagai gejala sosial yang tidak sihat. Pembangunan manusia yang sesuai dan selari dengan masyarakat kita adalah amat perlu diterokai dan dikaji berdasarkan pendekatan Islam. Ini mengambil kira masyarakat Muslim di negara kita hingga pada tahap tertentu sememangnya sudah dipengaruhi oleh gaya hidup Barat sekalipun mereka beragama Islam. Di samping itu, diharapkan buku ini dapat sedikit sebanyak memberikan idea dan alternatif baru kepada semua pihak yang terlibat dalam menangani permasalahan gejala sosial yang semakin gawat sekarang ini.