Penilaian Hayat Lesu Berasaskan Pendekatan Berkebarangkalian
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penilaian Hayat Lesu Berasaskan Pendekatan Berkebarangkalian
Author: Shahrum Abdullah, Mashitah Mahmud & Salvinder Singh karam Singh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514688
Weight: 0.153kg
Pages: 93
Year: 2021
Price: RM30
Buku ini membincangkan penilaian hayat lesu berasaskan pendekatan kebarangkalian bagi memberi pendedahan terhadap latar belakang analisis yang bersifat multidisiplin, iaitu gabungan antara statistik dan kejuruteraan untuk menganalisis dan mereka bentuk terhadap lesu. Antaranya adalah melalui pendekatan hayat-tegasan, hayat-terikan dan mekanik patah. Selain itu, terdapat pelbagai jenis kegagalan pada komponen dan struktur kejuruteraan seperti kepatahan, rayapan, pengaratan, kegagalan lesu, dan lain-lain. Dengan bertambahnya peristiwa kegagalan sedemikian, banyak uji kaji dan kajian saintifik yang dijalankan untuk menyiasat dan mengenal pasti kelakuan lesu supaya ia dapat dikawal meskipun tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Penilaian hayat lesu secara berkebarangkalian telah dijelaskan yang meliputi mekanisme asas dalam pemodelan kegagalan lesu untuk meramal kebolehtahanan komponen ataupun struktur. Ini kerana didapati bahawa model penganggaran hayat lesu sentiasa ditambah baik dengan mengambil kira pelbagai parameter penting. Oleh itu, teknik penentusahan adalah amat penting dalam penilaian hayat lesu secara berkebarangkalian bagi isu integriti komponen seperti mana yang telah dibincangkan secara terperinci.