• Image__28__ycgn-g5
  • Image__28__ycgn-g5
1

Penukaran Agama Kanak-Kanak: Isu dan Cadangan

Regular price
RM 10.00
Sale price
RM 10.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

PenukaranAgama Kanak-Kanak: Isu dan Cadangan

Author: Mohamed Azam Mohamed Adil & Ahmad Badri Abdullah

Page: 28 pages

Publisher: IAIS Malaysia

ISBN: 978-967-12545-2-3

Prakata Editor

Kami di IAIS Malaysia amatberbesar hati untuk membincangkan semula tajuk ‘Penukaran Agama Kanak-kanak:Isu dan Cadangan’ dalam Kertas Isu dan Polisi. Sejak edisi pertama dalam BahasaInggeris dengan judul Conversion of Minor: Issues and Challenges diterbitkandalam tahun 2013, isu penukaran agama oleh salah satu pihak yang asalnya bukan beragamaIslam dan mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan danPerceraian) 1976, banyak perkembangan telah berlaku. Kertas Isu dan Polisi inimerupakan hasil daripada beberapa siri konsultasi bersama beberapa pemuka yangterkemuka di Malaysia, hakim-hakim dan pihak NGO yang menumpukan kepada isumengenai penukaran agama serta beberapa isu lain yang berkaitan, khususnya yangmelibatkan status anak bagi pasangan yang menukar agama.

Semuanya bermula dengan keputusanKabinet pada bulan April 2009, kemudian pada 2013 dan yang terkini pada hujung2015 berkaitan dengan penukaran agama oleh salah satu pihak dan kemudiannyaberkait dengan penukaran agama anak-anak serta perebutan hak penjagaananak-anak berikutan pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan MahkamahSyariah serta peruntukan yang tidak jelas dalam isu ini telah menimbulkanperbahasan awam yang tidak berkesudahan. Keputusan terbaru dalam kes MohamadRiduan Abdullah lwn Indhira Ghandi (2015) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskanbahawa keputusan oleh Mahkamah Syariah Ipoh terhadap hak penjagaan anak-anakmengikut bapa yang beragama Islam dan pengesahan agama Islam kanak-kanaktersebut sekali lagi mencetuskan perbahasan yang tidak berkesudahan justerukerana kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasamasing-masing. Banyak forum awam dan perbincangan meja bulat telah dianjurkanoleh kumpulan-kumpulan NGO Islam dan bukan Islam, agensi kerajaan, MajlisPeguam, dan pihak berkuasa agama yang membahaskan isu tersebut. Sehubungandengan itu, Kertas Isu dan Polisi ini mengupas perbahasan tersebut denganmengambil kira keadaan sebenar. Selain itu, Kertas Isu dan Polisi ini secaraasasnya, mengandungi tiga segmen, iaitu segmen pertama yang membincangkanmengenai penukaran agama dari aspek pemikiran Islam dan membentangkan responsSyariah terhadap kes penukaran agama bagi kanak-kanak. Ini diikuti denganpenelitian dan perbahasan terhadap keputusan Kabinet pada tahun 2009, 2013 danperkembangan seterusnya sehingga kes Muhammad Riduan Abdullah lwn Indira Gandhi(2015) berserta kesimpulan yang menggambarkan pendirian IAIS Malaysia mengenaiperkara ini berserta polisi cadangan yang dilihat relevan. Tiga lampiran padabahagian akhir membekalkan maklumat tambahan mengenai respon masyarakat awamterhadap perintah Kabinet tersebut, ringkasan statut undang-undang sertabeberapa kes mahkamah yang berkaitan.

KERTASISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA

Fatwa yang dikeluarkan olehMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama IslamMalaysia kali ke 87 pada 25 Jun 2009 memutuskan bahawa apabila salah seorangibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur adalah mengikut Islam danhak penjagaan anak tersebut hendaklah diletak di bawah ibu atau bapa yangberagama Islam. Apa yang menarik ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tersebutmemutuskan bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkanbahawa agama seseorang di bawah 18 tahun adalah mengikut ketetapan oleh ibuatau bapa tidak perlu dipinda. Keputusan fatwa ini telah diikuti oleh Sabah,Sarawak dan Pahang. Malangnya kesemua fatwa tersebut tidak diwartakan.

Fenomenapenukaran agama merupakan isu yang sangat sensitif kerana ia melibatkan duapenganut agama yang berlainan. Ia menjadi fokus perbincangan di Malaysia sejakempat dekad yang lalu, serta telah menjadi begitu kompleks. Walau bagaimanapun,sebagai sebuah organisasi pemikir Islam, kami percaya bahawa adalah menjadikeperluan yang mendesak untuk membentangkan respons serta pendapat yang sesuaibagi isu-isu masyarakat dalam usaha kami untuk mencari penyelesaian yangmemuaskan. Kami tidak mendakwa bahawa cadangan-cadangan ini bersifat mutlak.Penyelesaian yang dicadangkan ini merupakan pandangan yang dapatdipertimbangkan kesesuaiannya. Diharapkan agar jabatan-jabatan kerajaan danpara perangka polisi di Malaysia akan mengambil perhatian serius terhadap cadanganpenambahbaikan yang kami utarakan ini.

Semenjak daripada penubuhannyapada tahun 2008, IAIS Malaysia telah secara aktif terlibat dalam menganjur,membentang pelbagai syarahan umum, forum, persidangan-persidangan peringkatnasional dan antarabangsa, serta perbincangan meja bulat yang membincangkanisu-isu berkaitan Islam dalam perkembangan semasa. Kami telahsekurang-kurangnya menganjurkan empat puluh acara pada setiap tahun. Manakalapendapat-pendapat yang diutarakan pada penulisan ini merupakan hasil penelitianterhadap sumber-sumber rujukan Islam, beserta informasi dan pandangan yangdiperolehi menerusi interaksi dan hubungan bersama masyarakat awam. Walaubagaimanapun,pihak kami tetap bertanggungjawab ke atas sebarang kekurangan dalam pandanganatau cadangan yang kami bentangkan ini. Kami berharap dapat menyentuh mengenaitopik berkaitan isu-isu yang menjadi keprihatinan masyarakat awam sertamembincangkan isu-isu berbangkit melalui perspektif Islam yang relevan bagiproses pembentukan polisi-polisi awam dan perundangan pada siri yang akandatang.

MohamedAzam Mohamed Adil

Ahmad Badri Abdullah

Editor