Perakaunan Pengurusan Strategik Aplikasi Perniagaan
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Perakaunan Pengurusan Strategik Aplikasi Perniagaan
Author: Rozita Amiruddin, Anizawati Mohd Amir, Ruhanita Maelah & Sofiah Md Auzair
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672511229
Weight: 0.196kg
Page: 122
Year: 2020
Price: RM25
Perakaunan Pengurusan Strategik (PPS) diperkenalkan sebagai respons kepada kelemahan perakaunan pengurusan tradisional dalam persekitaran perniagaan dinamik. Tidak seperti perakaunan pengurusan tradisional yang menekankan ukuran kewangan dan faktor dalaman organisasi, PPS berorientasikan luaran dan kehadapan. PPS menggabungkan objektif strategik pemiagaan dengan maklumat perakaunan pengurusan dan menekankan maklumat berkait faktor luaran organisasi dan maklumat bukan kewangan serta maklumat dijanakan secara dalaman, PPS menilai maklumat luaran tentang pesaing, pelanggan dan pembekal, dan maklumat dalaman tentang kawalan kos daripada perspektif strategik untuk membuat respons taktikal yang sesuai. Buku ini merangkumi perbincangan, penerangan dan ilustrasi berkait konsep dan teknik-teknik berserta beberapa bukti empinkal aplikasi PPS dalam konteks perniagaan. Dimulai dengan evolusi perakaunan pengurusan dan hubungan PPS dengan strategi, teknik-teknik utamanya dibentangkan berikutnya . Teknik-teknik utama ialah analisis rantaian nilai untuk rantajan nilai dalaman dan luaran, pengurusan kos kontemporari, pengurusan kos alam sekitar dan sistem pengurusan prestasi. Buku ini diakhiri dengan cabaran dan respons yang dihadapi oleh PPS dengan jangkaan perubahan dalam persekitaran perniagaan yang semakin dinamik.