• WhatsApp_Image_2022-02-01_at_5.34.43_PM.jpeg
  • WhatsApp_Image_2022-02-01_at_5.34.43_PM
  • WhatsApp_Image_2022-02-01_at_5.34.43_PM.jpeg
  • WhatsApp_Image_2022-02-01_at_5.34.43_PM
1

Peranan Media Sosial dalam Penyebaran Propaganda Politik di Malaysia

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Peranan Media Sosial dalam Penyebaran Propaganda Politik di Malaysia

Author: Muhammad Zaini Rizal Harris Fadilah, Novel Lyndon
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514961
Weight: 0.25 kg
Pages: 120
Year: 2021
Price: RM25

Buku ini membincangkan tentang peranan media sosial sebagai alat penyebaran propaganda politik di Malaysia melibatkan ahli politik sebagai pemain utama dengan matlamat utamanya ialah untuk meraih sokongan politik daripada masyarakat. Propaganda politik ini penting bagi ahli politik untuk memenangi pilihanraya dalam system demokrasi berparlimen. Konsep propaganda politik yang cuba dirungkai dalam buku ini telah dibahagikan kepada enam aspek utama iaitu sebagai alat meraih sokongan pengundi, alat penyebaran maklumat berbaur politik, alat menanam indoktrinasi ideologi politik, alat penyebaran manipulasi fakta dan fitnah, alat perpecahan politik negara serta alat kacau-ganggu keamanan negara. Buku yang dilengkapi dengan tujuh bab ini secara keseluruhannya memberi fokus tentang peranan media sosial dan impaknya terhadap penyebaran propaganda politik di Malaysia. Buku ini diawali dengan perbahasan tentang konsep propaganda politik, hubungan propaganda politik dengan keselamatan negara dan kestabilan politik. Seterusnya, buku ini membincangkan tentang isu yang seringkali dijadikan sebagai propaganda politik dan tindak balas masyarakat terhadap isu-isu tersebut. Hujahan diakhiri dengan langkah-langkah penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah bagi memastikan negara berada dalam landasan yang betul dengan mengambil kira pendekatan semak dan seimbang. Penemuan ini merupakan suatu anjakan penting dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat agar tidak menyebarkan propaganda politik atau maklumat palsu tanpa mengetahui kesahihan sumber maklumat tersebut.


Muhammad Zaini Rizal Harris Fadilah, Ma (Antropologi dan Sosiologi), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhususkan dalam bidang jenayah siber dan propaganda politik. 

Novel Lyndon, PhD., Profesor Madya di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah antropologi sosial dan pembangunan komuniti.