Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Percakapan DenganRaja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea
Author: RajaAhmad Aminullah
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672165231
Year: 2018
Weight: 0.344kg
Price: RM46
Saya ingin mengucapkan penghargaan saya kepada semua merekayang telah membantu saya dalam penyediaan buku “Percakapan Dengan raja ahmadaminullah – Kesetiaan Pada Idea” (Conversations with raja ahmad aminullah –Fidelity To Ideas) ini.
Idea untuk buku ini timbul apabila beberapa orang kawanmencadangkan agar diadakan satu siri wawancara dengan saya. Wawancara atau percakapan itu seharusnyaberupaya menggali sudut pemikiran saya bersabit dengan pelbagai isu pentingyang menyelebungi masyarakat kita. Antara isu-isu yang difikirkan penting adalah persoalan seni,journalisme dan media, peranan pelajar, intelektual, buku, kebudayaan, generasimuda dan seputar persoalan sosio-budaya dan sosio-politik dalam negara.
Buku ini menghimpunkan percakapan-percakapan yangdikendalikan khusus untuk penerbitan dalam buku ini serta beberapa wawancarapernah dibuat di televisyen dan radio. Usaha ini dimulakan lebih kurang duasetengah tahun yang lalu; saya telah pun menerima maklum balas bahawa satu siripercakapan yang lain harus diadakan selepas ini.
Saya mulakan terima kasih saya pada mereka yang telah sudimeluangkan masa untuk wawancara ataupun dialog dengan saya sejak beberapa tahunkebelakangan ini. Pada mereka, Sayed Munawar, Awang Azman Awang Pawi, SharaadKuttan, Ahmad Fuad Rahmat, Rohul Adnan, Zikri Rahman, Lee Chui Ling, Benz Ali,Hakim Rahman, Syah Hairizal Kamalul Arifin, Sophia Halim, Wan Mohamad Wasif,Saiful Ridwan, Saufi Jelani, Tofan Rachmat Zaky dan Haniff Baharudin, setinggi-tinggipenghargaan dari saya.
Saya merasa bertuah kerana dapat mengadakan percakapanataupun conversation dengan mereka yang mahir dalam bidang masing-masing.Profil atau latar belakang mereka cukup rencam: ada golongan mahasiswa, adaahli akademik, ada aktivis dunia perbukuan dan ilmu, ada aktivis jalanan yanghidup membumi, ada wartawan kanan dan CEO industri perbukuan, ada wartawanradio dan televisyen swasta, ada pengkaji hubungan strategik antara negaraserta ada wartawan dari akhbar bisnes.
Latar belakang mereka yang pelbagai ini sudah tentudicerminkan dalam soalan-soalan atau pandangan yang mereka kemukakan kepadasaya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr AwangAzman Awang Pawi yang sudi memberi kata pendahuluan untuk buku ini. Di sampingitu saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Rohul Adnan (lebih dikenalisebagai Mat Kuantum) dan Tofan Rachmat Zaky yang membantu proses pengeditanawal.
Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada sahabat sayaDr A Halim Ali yang sudi membaca manuskrip ini disaat-saat akhir sebelumpenerbitan dan memberi komen-komen yang bermanfaat buat saya. Sdr Halimmerupakan mantan Profesor Sosiologi yang pernah bertugas di Universiti Malaya,Universiti Kebangsaan Malaysia (menubuhkan Jabatan Sosiologi) dan UNIMAS antaralain.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerja dipejabat saya yang dipimpin oleh Ruzaimah Abdul Latif dan dianggotai padawaktu-waktunya oleh Raja Faridul Atrash, Dayou dan Alia yang semuanya telahmembantu dengan bersungguh-sungguh menyiapkan proses ini.
Setinggi-tinggi penghargaan pada penerbit saya saudara ChongTon Sin (yang lebih dikenali sebagai Pak Chong), Janice yang sabar serta wargakerja Gerak Budaya yang telah bekerja keras untuk menerbitkan buku ini.
Akhir sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasihkepada teman hidup saya, Nor Hafizah yang telah berkorban waktu, tenaga sertakehidupannya untuk membolehkan saya bergerak dalam lapangan yang telah dansedang diceburi dalam perjalanan kehidupan saya yang serba rencam ini. Jugakepada Nadia, Khubayb, Khairul Anwar, Lisa, Nadhil Aqran, Syahira dan Hariz.
Moga buku ini bermanfaat bagi masyarakat dan bangsa kita.
Raja Ahmad Aminullah
Kuala Lumpur
25 Januari 2018