Petua Menuntut Ilmu
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Petua Menuntut Ilmu
Author: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Malid Anuar Mamat
Publisher: Perpustakaan Negara Malaysia
ISBN: 9789679313550
Weight: 300g
Pages: 134
Year: 2020
Price: RM38
Buku ini membincangkan petua dalam menuntut ilmu yang merangkumi adab, tatacara, etika dan teknik yang perlu diketahui dan diamalkan oleh setiap orang supaya peroleh manfaat dan keberkatan yang diharapkan daripadanya. Ia merupakan hasil kajian dan suntingan sebuah manuskrip Melayu (MSS2906B) yang berjudul 'Tibyan al-Maram Talibah al-Talabah' iaitu Menyatakan Maksud Kitab Talibah dengan bahasa Jawi yang tersimpan dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Walaupun bersumberkan teks Arab sebagai terasnya, karya ini telah melalui proses akulturasi dan pengadaptasian yang bersesuaian dengan budaya dan persekitaran masyarakat tempatan di Aceh khasnya dan Alam Melayu amnya. Isu-isu sejagat yang terkandung dalamnya mengenai prinsip, adab dan etika pendidikan menjadikannya bukan sahaja signifikan dalam konteks sosial penghasilannya, bahkan juga masih amat relevan dalam konteks dunia hari ini. Teks yang dipersembahkan dalam gaya bahasa yang dipermudahkan untuk generasi masyarakat hari ini adalah sesuai untuk dibaca dan dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berminat sebagai salah satu warisan keilmuan masyarakat Melayu silam.