Risalah Nahdhah: Hudud: Perlaksanaan Kedaulatan Undang-Undang dan Kedadilan Soisal Di Malaysia
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Risalah Nahdhah: Hudud: Perlaksanaan Kedaulatan Undang-Undang dan Kedadilan Soisal Di Malaysia
Author: Panel Penyelidikan NUNJI
ISBN: 9789671478417
Weight:gsm
Pages:87pp
Year Publication:
Price: RM15
Selama ini hudud sentiasa dirujuk atau dimasuki melalui pintu kitab-kitabfeqah mazhab sahaja, seolah-olah Islam ini hanya bersumberkan kitab-kitab feqah empat mazhab. Jarang sekali agamawan membicarakan hudud dari sudut falsafah,sejarah atau seerah nabawiyyah, psikologi atau kriminologi dan kesesuaiannyadalam konteks negara bangsa moden yang perundangan sivilnya telah bertapakkukuh.
Apabila Islam hanya dilihat dari sudut feqah semata-mata, maka timbullahfahaman Islam yang singkat dan simplistik. Ini boleh merosakkan keindahanajaran Islam yang sangat tersusun dan sistematik dalam menghadapi dan mengaturkehidupan manusia seluruhnya tidak kira muslim atau bukan muslim mengikut maratibal-a’mal atau sususan keutamaan berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat. Fahamanyang tidak benar yang diarusperdanakan menjadi ‘fahaman Islam’ seperti fahamannegara Islam mesti melaksanakan hudud, menyebabkan salah faham dan tuduhmenuduh sampai ke tahap takfir sesama umat Islam.
Untuk memperbaiki fahaman yang silap itu, usahamelihat Islam dari dimensi sejarah perundangan yang sebenar mestilahdiperkasakan, mengkaji sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam memberikan keadilansosial kepada masyarakat, menelusuri konsep-konsep kemaafan dan kelapanganselepas melakukan kesalahan dan dosa, menekankan konsep menutup keaiban sesamaIslam dan sesama manusia, serta menggalakan masyarakat menuntut ilmu secaraserius berbanding hanya mendengar retorik para ustaz dan penceramah bebas sahaja.