Sejarah Falsafah
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sejarah Falsafah (Edisi Kedua)
Author: Ahmad Sunawari Long
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9789679428698
Year: 2016
Pages: 262 pp
Falsafah adalah gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan Sophos yangbermaksud menyintai dan hikmah. Menurut Plato falsafah adalah kajian terhadapsesuatu yang benar, baik dan cantic. Aristotle pula mendefinisikan falsafahsebagai kajian mengenai hakikat zat sesuatu dan penyebab utama. Pengertian falsafahyang dikaitkan oleh Aristotle dengan setiap bidang kehidupan menunjukkan bahawafalsafah adalah sesuatu ilmu yang cuba memahami hakikat ketuhanan (metafizik),struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam.Manakala al-Kindi, seorang falsafah Islam mendefinasikan falsafah sebagai suatuilmu mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untukmenanggapinya. Dalam al-Quran juga membicarakan persoalan ketuhanan, roh,hubungan antara kedua-duanya, baik dan buruk, kebebasan memilih dan kehidupanselepas mati. Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu luas serta mencakupikeseluruhan bidang kehidupan manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkandalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapakomponen atau subjek utama, iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti,kesimpulan dan kesan falsafah.
---------
Ahmad Sunawari Long, M.Phil, PhD, adalah Profesor Madya di JabatanUsuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti KebangsaanMalaysia.