Sejarah, Hukum dan Hikmah Pengharaman Riba
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sejarah, Hukum dan Hikmah Pengharaman Riba
Author: Dr. Muhammad Abdullah Diraz
Publisher: ABIM Press
ISBN : 9789672158615
Weight: 0.100kg
Year: 2020
Page: 70pp
Price : RM20
Karya ini adalah sebuah karya karangan seorang intelektual terkemuka dunia Islam dan antara yang terbaik dari kalangan intelektual muslim, iaitu Dr. Mu?ammad ‘Abdull?h Dir?z. Beliau adalah ilmuwan ulung al-Azhar, dan universiti Sorbonne Perancis, digelar oleh Imam Yusuf al-Qardawi sebagai “Ibn al-Azhar wa Ibn Sorbonne,” suatu gelaran yang menggambarkan ketokohan dan keilmuan beliau yang lahir dari relung tradisi kesarjanaan dari kedua dua universiti bertaraf dunia itu.
Karya ini dikarang beliau dalam bahasa Perancis untuk dibentangkan semasa Persidangan Perundangan Islam di Paris pada tahun 1952, diterjemahkan ke dalam bahasa Arab kemudiannya dengan judul Al-Rib? f? Nazhar al-Q?n?n al-Isl?m?, dan kini kami persembahkan pula di dalam bahasa Melayu dengan judul: Sejarah, Hukum dan Hikmah Pengharaman Riba, diterjemahkan oleh Ilmuwan Muda graduan Universiti Yarmouk, iaitu al-Fadil Ustaz Syah Nazrin.
Meskipun karya ini dihasilkan hampir 70 tahun yang lalu, namun isinya masih segar dan relevan sehingga ke hari ini. Karya ini kami masukkan sisipan khas di dalamnya, ulasan buku Al-?ikam Al-Ribawiyyah, iaitu Hikmah-hikmah Berkaitan Isu Riba.