Sekularisme Dan Proses Demokrasi Di Turki: Pemerkasaan Islam Dan Kepimpinan Erdogan
- Regular price
- RM 75.00
- Sale price
- RM 75.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sekularisme Dan Proses Demokrasi Di Turki: Pemerkasaan IslamDan Kepimpinan Erdogan
Author: MohammadRedzuan Othman Mashitah Sulaiman
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-768-6
Year: 2015
Weight: 0.500 kg
Price: RM75
Dalam Pilihan Raya Parlimen Turki pada 7 Jun 2015, Adalet veKalk?nma Partisi (AKP) atau Parti Keadilan dan Pembangunan berjaya memperolehsebanyak 40 peratus undi popular dan kekal sebagai parti yang mendapat sokonganpaling besar. Kemenangan ini membolehkan parti tersebut diperuntukkan sebanyak158 kerusi daripada keseluruhan 550 kerusi dalam parlimen Turki. Walaupun AKPmuncul sebagai parti yang paling tinggi mendapat undi, namun ini tidakmencukupi bagi pembentukan sebuah kerajaan secara bersendirian dan sekaligusmenamatkan pemerintahan satu parti yang didominasikan oleh parti tersebut sejaktahun 2002. Walau bagaimanapun, tempoh selama 13 tahun AKP memerintah secara bersendiriantelah berjaya merubah landskap politik Turki dan kehidupan social negaratersebut. Ini termasuklah menamatkan penglibatan tentera dalam politik, membenarkanpemakaian tudung kepala bagi kakitangan kerajaan serta pelajar universiti danmemacu kemajuan ekonomi ke arah menjadikan Turki negara maju menjelang tahun2023. Di bawah pentadbiran AKP beberapa projek mega telah dilaksanakan, sepertipembinaan landasan kereta api laju, jambatan ketiga menyeberangi SelatBosphorus dan lapangan terbang terbesar di dunia. Kejayaan yang dicapai olehTurki di bawah kerajaan AKP ini disumbangkan oleh Recep Tayyip Erdogan yangmemulakan karier politiknya dengan menjadi Datuk Bandar Istanbul di bawah RefahPartisi. Beliau yang seterusnya menjadi Perdana Menteri (2003 -2014) danPresiden Turki (2014 - kini), ternyata merupakan tokoh utama yang berjayamengemudikan parti dan pemerintahan dalam membawa perubahan ini. KebijakanErdogan dalam melayari gelora dan mencaturkan politik Turki membolehkannyamelepasi cabaran yang menggugat parti dan kepimpinannya. Ini termasuklahgugatan daripada pihak tentera, cubaan mengharamkan AKP melalui mahkamah,komplot Ergenekon serta Sledgehammer, cabaran tunjuk perasaan di Taman Gezi dancubaan menggulingkan kerajaan pada 17 & 25 Disember 2013. Kejayaan Erdoganmelepasi cabaran ini membolehkan kedudukannya terus kukuh yang bukan sahajamampu mencorakkan masa depan politik Turki, tetapi juga memperkasakan kembaliIslam dalam kehidupan masyarakat di negara yang mewarisi keagungan DaulahUthmaniyah.