Seruan Islah Syed Shaykh al-Hady
- Regular price
- RM 65.00
- Sale price
- RM 65.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Seruan IslahSyed Shaykh al-Hady
Author:Alijah Gordon
Translator: Mohd Rashidi Nasharuddin & Shuaib Ar RumyIsmail
Editor:Ahmad Farouk Musa
Publisher: IslamicRenaissance Front
ISBN: 978-967-15201-7-8
Year: 2018
Pages: 455 pp
Price: RM65.00
Syed Shaykh bin Ahmad Hasan al-Hady dilahirkan pada 25Disember 1864 di Hulu Melaka. Beliau berdarah Arab-Melayu yang berasal dariHadhramawt, Yaman. Falsafah pemikirannya dipengaruhi secara langsung daripengaruh al-Manar dan gagasan Pan-Islamisme yang dicetuskan oleh al-Afghani danAbduh di Mesir. Ia memperjuangkan aspirasi pembaharuan yang diilhamkan oleh IbnTaimiyah dan muridnya Ibn Qayyim al-Jawziyah pada kurun ke 7H. Falsafah pemikirannyayang progresif dan faham pembaharuannya yang radikal ini dizahirkan dalamjurnal bulanan Al-Ikhwan, sebagai “suara yang terbit daripada seorang ikhwanyang berteriak akan sekalian ikhwannya” yang telah mencetuskan pengaruh dandampak yang jelas dalam membawa perubahan yang desisif.
Perjuangan dan pergerakan Islam moden yang diasaskan olehSyaikh Muhammad Abduh di Mesir telah memberi impak yang besar kepada fikrahal-Hady. Kekuatan pengaruh ini dimungkinkan daripada kesan pertemuannya denganAbduh pada tahun 1895 di Mesir, bermula dari pelayarannya ke Timur Tengahmengiringi keluarga diraja Riau pada akhir abad ke 19, yang mendedahkannyadengan perkembangan dunia Islam dan perjuangan kaum modernis di sana. Beliaumempertahankan mazhab salafiyah yang diperjuangkan oleh Abduh dan melanjutkanusahanya dalam mencanangkan fikrah pembaharuan dan tajdid, mendobrak bentengtaqlid, merangkul tradisi moden dan menganjurkan ijtihad. Lantaran demimenegakkan perjuangan inilah beliau telah dilabel sebagai Kaum Muda, Muktazilahdan Kaum al-Manar.
Perjuangan “Kaum Muda” yang dipelopori Al-Hady ini menggagascita-cita Islam yang dinamik dan progresif. Faham perubahan yang progresif danidealisme salaf yang diperjuangkannya bertujuan untuk memperbaiki dan memurnikanIslam daripada unsur-unsur khurafat, bid‘ah dan jumud dan mengangkat harakatpemikiran dan memperjuangkan cita-cita pembaharuan atau tajdid. Buku inimerupakan kompilasi tulisan yang menceritakan riwayat hidup dan perjuangan SyedShaykh al-Hady dalam membawa mesej perubahan dan tajdid yang berusaha menggilapidealisme dan memperbaharui agama serta memperkukuh kedudukan dan peranan umatdalam peradaban dunia.
Untuk bacaan lanjut mengenai pengenalan, sila klik di bawah: