Siri Sejarah Nusantara: Sejarah Johor
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Siri Sejarah Nusantara: Sejarah Johor
Author: Buyong Adil
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834922405
Weight: 0.450
Pages: 424pp
Year: 2020
Price: RM45.00
Dalam tahun 1939, iaitu semasa bertugas sebagai guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.
Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia. Buku Sejarah Johor ini ialah satu daripada karangannya yang menceritakan asal-usul orang Johor, adat istiadat, salasilah raja-raja, pentadbiran dan perang saudara di negeri Johor.
Buku-buku lain karangan beliau yang diterbitkan di bawah siri ini ialah Sejarah Perlis, Sejarah Kedah, Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Sejarah Melaka, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Singapura, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu, Sejarah Sabah dan Sejarah Sarawak.