• DESIGN_FINAL_size_7.5x9_Colour-500x500.jpg
  • DESIGN_FINAL_size_7.5x9_Colour-500x500
  • DESIGN_FINAL_size_7.5x9_Colour-500x500.jpg
  • DESIGN_FINAL_size_7.5x9_Colour-500x500
1

Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia

Regular price
RM 49.00
Sale price
RM 49.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia

Author: Syed Omar Bin Abdullah Alshatrie
Translator: Sharifah Zahra Binti Omar Alshatrie
Publisher: UnisZA Press
ISBN: 9789672750147
Weight: 
Pages: 296pp
Year: 2022
Price: RM49

Buku Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia ini mengupas tentang hukum-hakam kekeluargaan dalam Islam serta aplikasinya menurut Undang-undang Kekeluargaan Islam yang diamalkan di Malaysia. Buku ini asalnya merupakan nota bagi kursus elektif Sistem Kekeluargaan Islam yang ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Namun, isi kandungan buku ini telah ditambah baik dan diolah semula bagi disesuaikan untuk bacaan umum. Fakta-fakta figah yang terdapat dalam buku ini secara dasarnya dipetik menurut pandangan Mazhab Syafi'i. Namun dalam sesetengah isu, pandangan tiga mazhab yang   lain iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali turut dimasukkan. Ini adalah bagi disesuaikan dengan definisi "Hukum Syarak" yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 iaitu hukum syarak mengikut Mazhab Syaf'i atau mengikut mana-mana   satu   Mazhab Maliki,   Hanafi   atau   Hambali.   Selain   itu, pandangan-pandangan selain mazhab empat, tokoh-tokoh ulama silam dan kontemporari turut dimasukkan apabila berlakunya keperluan. Ini adalah sebagai satu perbandingan pendapat yang berkemungkinan dapat dilihat dari sudut kerelevanan pendapat-pendapat tersebut dalam konteks semasa. Ini adalah melihatkan kepada fleksibiliti Syariat Islam yang boleh menerima perubahan hukum berdasarkan perubahan masa dan tempat.