Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa
Author: Zulkifli Hasan, Muhammad Amin Mubarak, Wan Harith Iskandar Wan Roslan & Idayu Mumtaz Iskandar
Publisher: ILHAM Press
ISBN : 9789672007388
Weight: 0.3kg
Year: 2020
Page: 204 pp
Price : RM35
Penulisan buku ini menggabungkan idea yang didapati menerusi rujukan dan pengalaman. Kandungan buku ini bukan hanya bersifat akademik menganalisa kajian-kajian dan amalan-amalan Kesatuan Pelajar sedia ada tetapi mengandungi pengalaman secara langsung penuh bermakna merealisasikan hasrat penubuhan Kesatuan Pelajar. Dengan motivasi bahawa buku ini boleh dijadikan rujukan kepada ramai khususnya para pengkaji gerakan mahasiswa, kami tampilkan kandungan buku ini dengan fakta, teori, falsafah, amalan, sejarah, analisa dan pemerhatian mengenai Kesatuan Pelajar di Malaysia dan luar negara. Buku ini juga berkongsi pengalaman dan pemerhatian terhadap reaksi dan maklum balas pemegang taruh dan pihak berkepentingan mengenai usaha ke arah penubuhan Kesatuan Pelajar.
"Antara persoalan-persoalan genting yang perlu dijawab adalah sama ada semangat penerokaan yang hilang dalam kalangan mahasiswa, intelektual dan ahli akademik akan kembali dan sama ada budaya “patuh” ini akan dipecahkan. Adakah aspek-aspek ini akan kembali sama seperti hari-hari sebelum AUKU mencengkam dunia kampus yang mana sebelum ini syurga nilai intelektual dan keberanian? Saya berharap, buku ini akan menutup jurang sedia ada, dan masyarakat mahasiswa khususnya akan memimpin ke hadapan dengan kematangan dan kebijaksanaan. - PROF EMERITUS TAN SRI DATO’ DZULKIFLI ABDUL RAZAK, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
"Buku yang ditatap oleh para pembaca juga merupakan satu manual untuk membicarakan dengan lebih lanjut mengenai hakikat sebenar Kesatuan Pelajar dan bezanya dengan sistem Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini. Hakikatnya, kewujudan Kesatuan Pelajar di universiti-universiti memerlukan kepada perubahan holistik di seluruh ekosistem institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan juga perubahan menyeluruh minda dan persepsi siswa, para pensyarah dan pentadbir universiti." - DR MASZLEE MALIK, Mantan Menteri Pendidikan
Untuk membaca kata pengantar, lihat di sini.
---------
Zulkifli Hasan (PhD, Prof Madya) merupakan Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan PenglibatanKomuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Teknikal Kajian Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, JawatankuasaPembentukan Kesatuan Pelajar dan Jawatankuasa Kerja Pembentukan KesatuanPelajar di peringkat nasional. Beliau pernah menerima biasiswa Fulbright sebagaifelo pelawat dan menjalankan kajian di New York, Amerika Syarikat dan terpilihmewakili Malaysia ke Jepun dalam program prestij dibiayai Japan Foundation.Beliau menerbitkan banyak karya ilmiah diiktiraf dan diterbitkan dalam dan luarnegara. Beliau sangat aktif serta berpengalaman dengan aktivisme mahasiswa dan kerjakemasyarakatan di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau pernah menerimaAnugerah The Upcoming Scholar di peringkat Antarabangsa oleh GlobalIslamic Finance dan karya beliau termasuk laman sesawang www.zulkiflihasan.comtelah memenangi anugerah blog terbaik dan karya terbaik di peringkat kebangsaan.
Muhammad Amin Mubarak merupakanpelajar tahun akhir jurusan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam AntarabangsaMalaysia. Beliau terlibat aktif dalam aktivisme mahasiswa dalam dan luarkampus. Beliau memegang jawatan ahli Jawatankuasa Penubuhan Kesatuan PelajarUIAM dan Exco Advokasi dan Perhubungan Awam Protem Kesatuan Pelajar UIAM 19/20.Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pelajar Kuliyyah Ilmu Wahyudan Sains Kemanusiaan 17/18. Bakat dan minat beliau dalam intelektual aktivismeterserlah di mana beliau adalah pengasas kepada Wacana Intelektual ‘SembangKencang’ di bawah Persatuan Belia Harmoni UIAM ketika menjadi KetuaJawatankuasa Akademik dan Intelektual Persatuan Belia Harmoni UIAM yang kinisudah hampir 10 edisi dilaksanakan. Selain itu, beliau juga aktif dalamaktivisme di luar kampus di mana terpilih menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysiamewakili negeri Selangor dan terlibat aktif di dalam aktivisme politik mahasiswa.
Wan Harith Iskandar WanRoslan merupakan alumni Kulliyyah Undang-UndangAhmad Ibrahim, UIAM tahun 2019. Dia telah memenangi Anugerah Pelajar Terbaik Ko-kurikulumperingkat Kuliyyah dan merupakan Valedictorian bagi Majlis KonvokesyenUIAM ke-35. Pada pilihan raya kampus 2018, beliau telah memenangi kerusi bagiKuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim dan dilantik menjadi Setiausaha AgungMajlis Perwakilan Pelajar UIAM. Beliau memegang jawatan Setiausaha JawatankuasaPenubuhan Kesatuan Pelajar dan Penasihat (Undang-Undang) bagi Kesatuan Pelajar UIAM.Beliau juga terlibat di dalam Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Disiplin PelajarUIAM. Beliau adalah antara pimpinan mahasiswa yang terlibat aktif secaralangsung dalam usaha penubuhan Kesatuan Pelajar dan telah membentangkan kertaskerja penubuhan Kesatuan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.Dari sudut penglibatan luar kampus pula, beliau dilantik menjadi ahli MesyuaratMajlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 2019 yang dipengerusikan oleh Tun Dr. MahathirMohamad dan terlibat dalam pelbagai program anjuran Bahagian MahasiswaHolistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini beliausedang bekerja di firma guaman, Fariz Halim & Co dan masih aktif dalam agendapemerkasaan mahasiswa peringkat universiti dan nasional.
Idayu Mumtaz Iskandar ialah seorang anak jati Sabah yang merupakan sebahagiandaripada Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2018/2019 dan Exco Pendidikan KesatuanPelajar UIAM 2019/2020. Terlibat aktif sebagai panelis dalam beberapa forummembicarakan hal ehwal mahasiswa, isu-isu nasional dan antarabangsa. Beliaujuga tampil dalam rancangan TV mewakili suara mahasiswa membicarakan topikterkini dan isu semasa. Sebagai aktivis mahasiswa yang sentiasa mengutamakanaspek pendidikan, beliau percaya bahawa dunia yang lebih baik dan adil adalah apabilatiada kanak-kanak yang tertinggal dalam mendapat akses pendidikan yangberkualiti.