Turkistan Timur dan Uyghur
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Turkistan Timur dan Ugyhur
Author: Pusat Kajian Ugyhur
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789670002217
Weight: 0.180
Pages: 93pp
Year: 2023
Price: RM25
Pakar-pakar menganggarkan terdapat 16,000 masjid telah dimusnahkan sejak tahun 2017, di mana 8,500 daripadanya telah dirobohkan sepenuhnya. Jumlah ini menyumbang 65% daripada keseluruhan masjid di Turkistan Timur.
Polis China menyoal siasat wanita-wanita Uyghur - yang dipenjarakan kerana memakai Hijab - ditelanjangkan, bahkan merogol mereka. Apabila wanita-wanita itu menjerit "Oh Allah...", polis China mengejek-ejek mereka sambil berkata, "Biar Tuhan engkau datang dan menyelamatkan engkau!"
Komunis China membakar al-Quran dan kitab-kitab agama. Walaupun perbuatan keji ini wujud di Turksitan Timur, ianya telah meningkat dengan lebih dramatik sejak tahun 2014, sepertimana mereka telah melancarkan perang terhadap Islam di Turkistan Timur dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bermula dari tahun 2014, pihak berkuasa China menempatkan pegawai-pegawai kerajaan di rumah-rumah orang-orang Uyghur untuk mengawasi mereka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan menghapuskan sepenuhnya peluang ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka amalan-amalan asas agama Islam seperti al-Quran, solat, dan sebagainya.