• 27459889_1647675758609418_6588466658688397456_n
  • 27459889_1647675758609418_6588466658688397456_n
1

UMNO Dalam Politik & Perniagaan Melayu

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

UMNO DalamPolitik & Perniagaan Melayu

Author: Jamaie Hj. Hamil

Publisher: UKMPress

ISBN: 9679426434

Year: 2018

Pages: 272 pp

Price: RM40

Perniagaan adalah suatu bidang yang jarang diceburi olehorang Melayu kerana dasar diskriminasi kolonial serta ekonomi dualisme yangdibawa oleh penjajah untuk terus meminggirkan orang Melayu dari menguasaibidang ekonomi. Menyedari akan kemunduran kedudukan sosioekonomi berkenaan,UMNO sebagai teras pemerintah yang berkuasa telah mengambil inisiatif untukmengatasinya. Melalui kepimpinan UMNO bermula era Tun Razak beberapa langkahtelah diperkenalkan untuk mengatasi kemunduran berkenaan, Kongres ekonomiBumiputera I dan II, DEB, MARA, PERNAS dan UDA dilancarkan untuk membantu orangMelayu supaya terlibat dalam sektor perekonomian khususnya bidang perniagaan.Institusi amanah ini dibentuk untuk memastikan kepentingan Bumiputeradiperlihara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, insentif dan bantuan yangdiperlukan. Dalam masa yang sama, UMNO turut bertindak sebagai pemankin dalammempercepatkan penglibatan organisasi orang Melayu dalam perniagaan bagimembentuk pensyarikatan korporat. Pada era Tun Mahathir, orientasi perekonomiantelah bertukar kepada negara berasaskan perniagaan dan perindustrian keranaUMNO telah meletakkan asas berkenaan sejak DEB dilancarkan. Akan tetapi apabilapemegang amanah korporat (nominees & proxy) UMNO ini turut terlibat dalamperniagaan, situasi telah bertukar kerana kepentingan politik serta kepentinganekonomi turut dimanipulasikan. Situasi ini semakin sukar dipisahkan apabilaorang Melayu yang dibantu oleh UMNO dahulunya telah menjadi jutawan atau ahlikorporat yang Berjaya. Mereka terus bergantung pada elit politik untukmemastikkan survival perniagaan mereka terjamin. Sementara itu elit politikpula bergantung kepada elit ekonomi berkenaan untuk terus mengukuhkan kekuasaanbagi orang Melayu untuk megumpul kekayaan, jalan pintas adalah dengan menjadiahli politik. Jawatan dalam hieraki UMNO bukan lagi jawatan sukarela, tetapimenjadi rebutan kepada semua peringkat. Amalan kronisme dan nepotisme dibenarkan,politik wang berlanjutan, kerisis kepimpinan bertukar ganti dan perpecahanperpaduan Melayu adalah berpunca dari gejala tindakan aktor dalam kepimpinanUMNO.