Undang-Undang Dan Etika Perubatan
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Undang-Undang Dan Etika Perubatan
Author: Ramalingggam Rajamanickam& Tengku Noor Azira Tengku Zainuddin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674129927
Pages: 129pp
Weight: 0.205kg
Year: 2019
Price: RM 30.00
Kesihatan merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Setiap manusia mengimpikan kehidupan yang sihat tanpa apa-apa masalah kesihatan. Oleh sebab itulah, kesihatan dijadikan sebagai suatu hak asasi manusia yang diiktiraf, bukan sahaja di peringkat tempatan malahan juga di persada dunia. Sejajar dengan hak terhadap kesihatan yang diiktiraf oleh semua pihak, undang-undang yang berkaitan dengan aspek kesihatan turut digubal, khususnya undang-undang perubatan. Undang-undang perubatan penting dalam mengawal selia aspek perubatan yang menjadi keperluan mustahak dalam kehidupan seharian manusia. Penggubalan undang-undang perubatan dapat menjamin pembekalan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit. Selain itu, aspek etika dalam bidang perubatan juga berkembang dan mewujudkan tanggungjawab tambahan terhadap pembekal perkhidmatan perubatan.
Sehubungan dengan itu, buku yang menghimpunkan pelbagai isu yang berkaitan dengan etika dan undang-undang perubatan amat penting kerana semua manusia tanpa mengira umur, bangsa, jantina dan keadaan kesihatan perlu mempunyai pengetahuan tentang isu-isu yang berkaitan dengan etika dan undang-undang perubatan. Buku seumpama ini penting dan bermakna dalam memberikan kefahaman asas kepada para pembaca tentang isu-isu signifikan di Malaysia.
RAMALINGGAM RAJAMANICKAM, PhD., merupakan Profesor Madya Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakaran beliau ialah keadilan jenayah, undang-undang forensik dan undang-undang keterangan.
TENGKU NOOR AZIRA TENGKU ZAINUDIN, PhD., merupakan Profesor Madya di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakaran beliau ialah undang-undang perubatan, undang-undang tort serta undang-undang buruh dan hubungan perusahaan.