• img014.jpg
  • img014
1

Warqah Sultan Zainal Abidin III (1881-1918)

Regular price
RM 230.00
Sale price
RM 230.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Warqah Sultan Zainal Abidin III (1881-1918)

Author: Prof. Madya Dr. Jelani Md Haron
ISBN: 9789679121872
Penerbit: Arkib Negara Malaysia
Harga: RM178
Weight:
Pages:

Warqah istana menjadi salah satu sumber penting yang merekodkan pelbagai ma'lumat tentang urusan pentadbiran kerajaan pada masa silam. Sebagai sumber sejarah, warqah istana mempunyai nilai keistimewaannya yang tersendiri kerana berhubungan secara langsung dengan raja pemerintah bagi sesebuah kerajaan itu. Isi kandungan warqah memiliki ciri keaslian dan kesahihan yang cukup tinggi kerana melibatkan urusan rasmi raja-raja dalam melaksanakan tugas baginda selaku pemerintah kerajaan.

Sultan Zainal Abidin III menaiki takhta sebagai sultan Terengganu pada 27 Muharram 1299 yang bersamaan dengan 19 Disember 1881 dan mangkat pada 21 ?afar 1337 yang bersamaan dengan 25 November 1918 selepas memerintah selama 36 tahun 11 bulan dan 6 hari. Koleksi warqah yang berhubungan dengan Sultan Zainal Abidin III kini tersimpan di ibu pejabat Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu, Muzium Negeri Terengganu dan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu di Kuala Lumpur. Warqah Sultan Zainal Abidin III menjadi gedung maklumat tentang sebahagian daripada sejarah kehidupan dan sejarah pemerintahan baginda yang masih boleh ditatapi oleh masyarakat hingga ke hari ini.