Zikir Nabawi Selepas Solat: Ulasan Terperinci
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Zikir Nabawi Selepas Solat: Ulasan Terperinci
Author: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Publisher: Faqih Synergiz
ISBN: 9789672679639
Weight: 0.255
Pages: 148pp
Year: 2023
Price: RM25
Ketenangan jiwa hanya lahir apabila kita menurut tuntunan al-Quran dan sunnah s.a.w.dengan skema yang tepat. Untuk membentuk hubungan yang lebih erat antara manusia dengan Pencipta mereka, Pencipta yang Maha Besar itu telah mengutuskan seorang Rasul yang bertapak di Padang Pasir yang suci bagi membimbing kita semua dalam semua aspek; termasuklah zikir-zikir selepas solat.
Kelahiran buku ini menjawab banyak persoalan antaranya:-
- Apakah lafaz zikir yang setepatnya menurut ajaran Nabi s.a.w.?
- Apakah susunan zikir yang tepat?
- Bagaimanakah cara kita berzikir?
- Berapakah bilangan zikir yang perlu dilafazkan?
Nabi s.a.w.bukan sahaja mengajarkan kita kaedah berzikir secara lahiriah, malah membimbing kita untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh dengan cara berzikir sepenuh perasaan, kesedaran dan penghayatan.
Zikir itu bukan sahaja dilantunkan oleh lisan tanpa keterlibatan minda dan fizikal. Minda dan fizikal turut sama berzikir sehingga membantu kita untuk menterjemahkan zikir tersebut dalam kehidupan kita sehari-harian;merangkumi hubungan kita sesama manusia dan hubungan dengan alam.
Penulis ini bukan sahaja telah membantu kita untuk memahami zikir-zikir Nabawi selepas solat menurut ulasan dan kajian ulama, beliau malah sebelum ini pernah menulis sebuah buku yang menghimpunkan koleksi bacaan sunnah s.a.w.dalam solat yang telah diterbitkan oleh PTS Media Group. Gabungan antara dua buah buku ini diharap dalam menatijahkan kecintaan kita terhadap sunnah Nabi s.a.w.dengan seakar-akarnya.