Selulosa Nanohablur: Potensi & Aplikasi dalam Bidang Sensor
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Selulosa Nanohablur: Potensi & Aplikasi dalam Bidang Sensor
Author: Wan Elina Faradilla Wan Khalid, Lee Yook Heng & Sharina Abu Hanifah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672515722
Weight: 0.290kg
Pages: 188
Year: 2022
Price: RM35
Buku ini menerangkan tentang sensor dan biosensor elektrokimia berasaskan bahan selulosa nanohablur (CNC) untuk pengesanan metil paraben. Sensor metil paraben elektrokemia voltammetri berasaskan bahan nanokomposit selulosa nanohablur-grafena oksida terturun (CNC-rGO) telah dibangunkan. Selain itu, biosensor enzim bataru untuk metil paraben juga direka bentuk menggunakan CNC sebagai matriks pemeguman enzim. CNC diubahsuai menggunakan kaedah pengoksidaan perantara-2.2.5.6-tetrametil-piperidina-1-oksil (TEMPO) bagi memperkenalkan kumpulan berfungsi karboksil yang digunakan untuk pemegunan enzim p-hidroksibenzoat hidroksilase (HBH) melalui tindak balas kumpulan karboksilat dan N-hidroksisuksinamida (NHS)/N-(3-dimetilaminopropil)-N'-etil-karbodiimida hidroklorida (EDC). Pengubahsualan permukaan dan pemegunan enzim dilakukan menggunakan XRD, FESEM-EDX, keupayaan zeta dan larut resap enzim. Biosensor enzim yang dibina untuk penentuan metil paraben menggunakan konsep tindak balas enzim HEM dengan metil paraben yang melibatkan koenzim B-nikotinamida adenina dinukleotide (NADH) menggunakan pelbagai bahan elektrokonduktif seperti rG0, karbon nanotiub multi-dinding (MWCNT), zarah nana emas (AuNPs) dan nanopartikel teran (I) oksida (Fe:0). Sebagai kesimpulan, kajian ini dapat menyumbang maklumat baharu tentang penggunaan CNC sebagai bahan untuk sensor kimia dan biosensor met paraben. Sensor kimia dan biosensor baharu juga dapat direka bentuk untuk tujuan menganalisis metil paratien secara pantas dan mudah.