• img127
  • img127
  • img127
  • img127
  • 99690479
  • 99690480
  • 99689083
  • 99689084
  • 99690479
  • 99690480
  • 99689083
  • 99689084
1

Legasi Langka Duka

Regular price
RM 49.00
Sale price
RM 49.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Legasi Langka Duka

Author: Noor Azlin
Publisher: JIWA (Jejak Tarbiah)
ISBN: 9786297561509
Weight: 395g
Pages: 396 pp
Year: 2025
Price: RM49

Beratus tahun lalu, sebelum nama Melaka terpahat di peta dunia, wujud sebuah tamadun rahsia yang hilang tanpa jejak — Langka Duka. Bukan sekadar kerajaan, tetapi pusat ilmu yang menguasai rahsia masa.

Kini, di abad moden, Jada Lyla Jailani, seorang kurator muzium, menemui dua manuskrip kuno: Langka dan Duka.
Namun, manuskrip itu bukan catatan sejarah biasa — ia pintu masa yang membawa Jada menjejak semula takdir bangsanya sendiri.

Setiap helaian yang dibuka menyingkap rahsia keluarga, konspirasi lama, dan dosa silam ayahnya — Profesor Jailani Fikri, ahli sejarah yang pernah dituduh menjual warisan bangsa.
Benarkah dia pengkhianat, atau penjaga terakhir legasi yang cuba dimusnahkan oleh sejarah?

Ketika Jada mula diburu mereka yang mahu memiliki manuskrip itu, dia terpaksa memilih —
menyelamatkan dirinya, atau menyelamatkan masa depan sejarah Melayu.

Legasi Langka Duka ialah novel fantasi sejarah Melayu-Islam yang menggabungkan misteri, spiritual, dan nilai warisan bangsa.
Sebuah kisah yang akan membuat anda tertanya:

Apakah yang terjadi jika sejarah yang kita tahu selama ini… sebenarnya telah diubah?