• mahmud
  • mahmud
  • 99707212
  • 99707213
1

Membina Empayar: Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Membina Empayar: Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak

Penulis: Jufazli Shi Ahmad

Halaman: 193 ms.

Penerbit: Megamind Leadership Consultancy

Tahun Terbitan: 2016

ISBN: 9789671196991

Buku ini secara dasarnya menganalisis bentuk dan operasi governan di Sarawak di bawah pentadbiran Abdul Taib Mahmud (1981-2014). Permasalahan yang ingin didekati penulis adalah untuk memahami mengapa Abdul Taib Mahmud begitu lama mentadbir kerajaan negeri Sarawak. Data-data dan rujukan utama di dalam kajian buku ini dikutip melalui temu bual secara mendalam dengan beberapa sarjana politik Sarawak, ahli politik dan beberapa individu yang ada hubungan dekat dengan Abdul Taib Mahmud. Dapatan utama dalam buku ini ialah Abdul Taib Mahmud berjaya menstrukturkan sistem grand design yang dikenali sebagai Oligarchic-Governing Class untuk keselamatan kedudukan dan kuasa ini memungkinkan bahawa tisda mana-mana kelas, penguasa dan kumpulan mampu menghambat kekuasaannya di dalam kerajaan negeri Sarawak. Oleh hal demikian, pembinaan empayar ekonomi politik Abdul Taib Mahmud di Sarawak telah menjadikan dirinya mencengkam hampir keseluruhan sistem kerajaan negeri. Sekalipun dihambat dengan dakwaan isu salah guna kuasa, rasuah dan pengumpulan kekayaan, beliau terus dominan dalam menentukan percaturan politik di negeri Sarawak. Sekaligus penulis menilai Abdul Taib Mahmud ialah Rajah Baharu Sarawak yang kini masih “berkuasa” sekalipun Adenan Satim menjadi Ketua Menteri baharu Sarawak.