• 99698246
  • 99698247
  • 99698246
  • 99698247
1

Kombo Kitab Perempuan

Regular price
RM 202.00
Sale price
RM 202.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kit?b ?d?b Perempuan Juzu' 1

Author: A?mad Ya‘qub al-Johori

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789671571651

Year: 2018

Pages: 224pp

Weight: 0.300kg

Price: RM55.00

Bahawasanya telah berulang-ulang oleh setengah daripada ?a??batku meminta aku membanyakkan karangan dan susunan Kit?b ?d?b Perempuan juzu’ yang pertama ini, supaya mun?sabah dengan kanak-kanak yang baharu, maka dengan sebab itu, tiadalah bagiku upaya pada menolakkan kehendaknya yang sangat berbahagia itu.

Yang demikian inilah aku ringkaskan dan aku ubahkan sosok karangannya daripada yang telah lalu, hingga jadilah ia seperti suatu kit?b yang berlainan sekali daripada a?alnya, akan tetapi maq??d-maq??dnya tiada sekali-kali berganjak daripada asasnya yang mula-mula.

Mudah-mudahan barang diberkati All?h kiranya akan karangan ini dan yang membacanya.

- A?mad Ya‘q?b al-Johori

-----

Kit?b ?d?b Perempuan

Penulis: A?mad Ya?q?b al-Johori

Penerbit: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789671474846

Muka Surat: 280pp
Harga: RM55
Berat: 0.500kg


?ikmah dan kebijaksanaan leluhur kita dalam ??l i?wal rumah tangga dibuktikan dalam Kit?b ?d?b Perempuan. Ianya sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan: ya?n? pendidikan anak-anak.

Nilai-nilai ke?i?atan, antaranya na???at untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci.

Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci. Pengarang men?ifatkan peranan perempuan sebagai isteri, ibu, dan penghulu rumah tangga sebagai:

…sebesar-besar pekerjaan yang patut disempurnakan kerana berkhidmatkan wa?an (tanah air) kemanusiaan.

Kit?b ini dikarang pada tahun 1926 oleh A?mad Ya?q?b Al-Johori bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ??lam perkahwinan. Pada tahun 1965, kit?b ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.

-----

Kitab Alam Perempuan

Author: Al-Sayyid Shaykh bin A?mad Al-?adi

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN : 9789671698464

Weight: 0.58 kg

Year: 2019

Page: 306

Price : RM55

Kitab Alam Perempuan dikarang oleh al-Sayyid Shaykh bin Ahmad al-Hadi (1867-1934), yang merupakan himpunan tulisannya dalam majallah al-Ikhwan. Al-Sayyid Shaykh selepas pulang dari pengajian di Mesir membawa bersama jiwa baharu dan aliran baharu yang dirintis oleh Sayyid Jamalu’ddin al-Afghani dan Shaykh Muhammad Abduh. Mereka terkenal memerangi bid’ah dan khurafat yang menyelimuti umat Islam serta berusaha menegakkan Islam berdasarkan tawhid yang bersih daripada amalan shirik yang menodainya.

Empat perkara pokok yang menjadi tunjang pembicaraan al-Sayyid Shaykh dalam Kitab Alam Perempuan ialah berkenaan keperluan qawm perempuan kepada pelajaran, haqq-haqq qawm perempuan yang dipinggirkan, pemakaian tudung dalam kalangan perempuan dan qawm perempuan dalam perkahwinan.

Adalah diharapkan Kitab Alam Perempuan ini memberi fa’idah, manfa’at dan ma’na buat ‘aqal rubani qawm Muslimin masa kini dengan mengetahui dan mengenali kedudukan sebenar perempuan, justeru bertindak sesuai dengan kedudukannya dalam mengecapi ke’adilan pada dirinya dan diri-diri yang lainnya.

-----

Ris?lah Seruan Kepada Jenis Yang Lembut: Perempuan-Perempuan

Penulis: ‘Abdu'Ll?h ‘Abdu'r-Ra?m?n al-Johori

Penerbit: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789671474891
Harga: RM55
Berat: 0.530kg


Maka ris?lah yang hendak dimashh?rkan itu telah ditawarkan kepada saya supaya menulis dan menerbitkan daripada seutama-utama perkataan dari dalam Kit?b All?h yang diturunkan atas perjalanan Ras?lNya, yang mekhabarkan:

• keterangan di dalam segala ?aqq perempuan-perempuan; dan

• membetulkan perkara yang w?jib atas jenis al-la??f (jenis yang lembut – perempuan-perempuan).

Supaya diketahui oleh tiap-tiap bangsa yang dikehendaki atas sekalian laki-laki, dan supaya boleh disalin karangan itu dalam bahasanya yang mashh?r, ditaburkan pada segenap jajahan yang jauh-jauh pada hari ulang tahun diperanakkan Ras?lu’Ll?h — ?all? All?hu ‘alayhi wa sallam — itu, mulai dari ulang tarikh pindahnya Hijrah bagi ingatan sekalian Muslim?n.

... Maka sukacitalah saya memulakan tulisan saya dengan seruan ‘?m kepada sekalian perempuan, supaya mereka itu mengetahui akan segala ?aqqnya dan supaya perempuan-perempuan itu dikenal oleh sekalian laki-laki..