• 99695913
  • 99695914
  • 99695913
  • 99695914
1

Kombo Madani B

Regular price
RM 114.00
Sale price
RM 114.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi

Author: Anwar Ibrahim
Publisher: Institut Darul Ehsan
ISBN: 
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM59

Kerangka MADANI merupakan suatu ikhtiar yang bersepadu dan holistik: kesemua enam komponennya tidak berfungsi secara berasingan; ada kesalinghubungan yang rapat antara setiap komponen, sementara ketergantungan mereka antara satu sama lain menjadikan segala dasar yang digubal menjadi lebih manusiawi, yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. Justeru secara koletifnya, kerangka ini akan meletakkan asas untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum. Anjakan demi anjakan yang berlaku begitu pantas memaksa kita untuk mengambil kira keadaan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Namun kita tidak akan bermula dengan sifar. Sejarah Malaysia yang panjang dan kaya menjadi landasan utama, dan daripadanya kita belajar memperbetul kesilapan serta membuka jalan menuju kejayaan.

=========================================

Anwar Ibrahim: Dari Cherok To’ Kun Ke Kuala Kangsar

Author: Amin Ahmad

Publisher: ILHAM Books

ISBN: 9789672007463

Weight: 0.35 kg

Pages: 154 pp

Year: 10 August 2021

Price: RM40

Banyak pernah diperkatakan tentang Anwar Ibrahim, khususnya sejak beliau memimpin gerakan mahasiswa dan belia bermula lewat 1960-an. Namun, tidak ramai yang tahu tentang pendedahan awal yang diterimanya sebelum melangkah kaki ke universiti. Suasana kemerdekaan, yang terhasil daripada kebangkitan nasionalisme, mencorak semangat dan persekitaran dalam keluarganya.

Ia ternyata mendorong Anwar untuk menjiwai tuntutan pengisian kemerdekaan seawal usia remaja yang boleh terlihat dalam penglibatan dan pembinaan keperibadiannya. Peluang belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ketika era Darurat, pembentukan Malaysia dan proses Malayanisasi menambah keunikan pengalaman hidupnya semasa remaja.

Dari Cherok To’ Kun ke Kuala Kangsar membawakan sebahagian daripada kisah hidup Anwar Ibrahim yang jarang diperkatakan.

========================

Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda

Editor: Zairudin Hashim

Publisher: ABIM Press

ISBN: 9789672158400

Pages: 150

Year: 2019

Price: RM25.00

Ramai yang mengasosiasikan istilah “darah muda” dengan sikap terburu-buru. Hakikatnya darah muda boleh dirujuk kepada pendekatan aktivisme yang bersadur semangat serta tindakan agresif dalam kalangan anak muda, untuk membawa perunbahan yang baik. Namun, semangat tersebut juga pastinya perlulah bertunjangkan iman dan taqwa bersama strategi yang berhikmah.

Buku ini menampilkan kompilasi tulisan santai tetapi tetap bermakna daripada sekumpulan anak-anak muda dengan latar belakang yang pelbagai (profesional, ahli akademik, mahasiswa, dan aktivis Badan Masyarakat Madani – CSO). Menerusi artikel yang ditulis oleh mereka ini, mereka berkongsi bagaimana Sdr. Anwar Ibrahim memberikan inspirasi kepada kerjaya serta matlamat hidup mereka.

Sesungguhnya, tatkala ramai yang mendakwa bahawa anak muda sudah melupakan sosok ini – Anwar Ibrahim, buku ini membuktikan sebaliknya.