Ketenteraan Tuluniyyah Di Mesir Era Ibn Tulun
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Ketenteraan Tuluniyyah Di Mesir Era Ibn Tulun
Author: Zamri Ab Rahman & Ezad Azraai Jamsari
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516576
Weight: 0.283kg
Pages: 182
Year: 2022
Price: RM35
Ahmad ibn Tulun atau lebih dikenali sebagai Ibn Tulun berjaya mengharungi konflik politik Kerajaan Abbasiyyah pada akhir abad ke-9M. Situasi ini menyebabkan pentas politik 'Abbasiyyah diwarnai dengan orak-arik yang berlaku secara meluas. Namun demikian, kehebatan pemerintahan dan kekuatan ketenteraan Ibn Tulun sebaliknya berjaya menjadikan Mesir sebagai sebuah wilayah autonomi dan bebas daripada kekuasaan politik "Abbasiyyah. Fokus penulisan ini tertumpu pada situasi semasa wilayah Mesir pada akhir abad ke-9M di bawah pemerintahan Kerajaan 'Abbasiyyah sehingga penubuhan Kerajaan Tuluniyyah di Mesir, di samping menonjolkan ciri-ciri penting riwayat hidup Ibn Tulun bagi mendapatkan gambaran jelas berkenaan corak pemerintahannya. Pemerihalan penulisan ini turut memaparkan ciri-ciri kekuatan ketenteraan Ibn Tulun yang menunjangi kelestarian pemerintahan beliau. Pencerakinan penulisan ini tertumpu pada lima bab, iaitu: pencerakinan retrospektif ketenteraan Tuluniyyah: situasi Mesir pada akhir abad ke-9M; riwayat hidup Ibn Tulun; kekuatan ketenteraan Ibn Tulun; serta kebitaraan dan sumbangan kekuatan ketenteraan Ibn Tulun. Penulisan ini menghujahkan bahawa Ibn Tulun berjaya memperkasakan ketenteraan bel iau dengan membawa masuk jumlah tentera yang ramai daripada pelbagai bangsa dan wilayah. Beliau juga membangunkan pasukan armada dan mewujudkan Dar al-Sina'ah serta pos menara kawalan di sepanjang pesisir pantai Mesir dan Sham. Selanjutnya perbahasan buku ini mendapati industri pembuatan senjata turut diberi keutamaan dengan pembinaan kilang pengeluaran senjata, Masna' Ibn Tulun. Kredibiliti beliau juga dicerminkan menerusi sebuah pemerintahan yang berpaksikan sistem hierarki ketenteraan dan pangkat. Sementara itu, kebajikan anggota tentera dari sudut penempatan dan penggajian juga dititikberatkan dengan pelaksanaan sistem yang holistik. Kemuncak kekuatan ketenteraan Ibn Tulun dibuktikan dengan kejayaan beliau sebagai pemerintah pertama yang berjaya memerdekakan Mesir sejak Futuhat Islamiyyah di wilayah tersebut.