Pembaharuan Khalifah Hisham B. ''Abd Al-Malik Demi Kemandirian Kerajaan Bani Umayyah
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pembaharuan Khalifah Hisham B. 'Abd Al-Malik Demi Kemandirian Kerajaan Bani Umayyah
Author: Siti Zanariah Zakaria & Izziah Suryani Mat Resad@Arshad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516606
Weight: 0.2kg
Pages: 100
Year: 2022
Price: RM20
Hisham b. ' Abd al-Malik merupakan putera keempat 'Abd al-Malik b. Marwan yang menjadi khalifah. Beliau merupakan khalifah Umawiyyah yang ke-10 menggantikan Yazid b. Abd al-Malik. Era pemerintahan Yazid b. Abd al-Malik menyaksikan Kerajaan Umawiyyah menghadapi penentangan dan pemberontakan yang berlaku secara berleluasa di seluruh negara. Situasi ini menyebabkan pemerintahan Kerajaan Umawiyyah menuju ke arah kelemahan dan kehancuran. Namun begitu, pelantikan Hisham Hisham b. 'Abd al Halik berjaya mengembalikan semula kegemilangan Kerajaan Umawiyyah. Malah dasar pemerintahan dan pembaharuan beliau berjaya meneruskan kemandirian kerajaan ini. Buku ini menjelaskan bahawa Khalifah Hisham b. Abd al-Malik melaksanakan pembaharuan empat dasar pemerintahan seperti aspek pentadbiran, ekonomi, pembangunan bidang ketenteraan dan aktiviti pengukuhan kuasa. Dasar yang dilaksanakan oleh Hisham b. "Abd al-Malik telah berjaya menyelamatkan kembali situasi pentadbiran Kerajaan Umawiyyah daripada kehancuran. Beliau berjaya membendung musuh-musuh Kerajaan Umawiyyah daripada menjatuhkan dan menguasai kerajaan tersebut. Selain itu, buku ini juga mendedahkan bahawa Khalifah Hisham b. Abd al-Malik merupakan tokoh Umawiyyah terakhir yang berjaya mengekalkan keunggulan pemerintahan Kerajaan Umawiyyah kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau mampu melanjutkan tempoh keutuhan pemerintahan Kerajaan Umawiyyah selama lebih kurang 20 tahun. Dalam tempoh hampir dua dasawarsa itu, Hisham b. ' Abd al-Malik banyak melakukan pembaharuan dan penyusunan semula sehingga mampu memberi sumbangan yang amat besar kepada Kerajaan Umawiyyah serta sejarah dan tamadun Islam itu sendiri.