• 99698316
  • 99698317
  • 99698316
  • 99698317
1

Maqasid al-Shariah dalam Ranah Demokrasi

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Maqasid al-Shariah dalam Ranah Demokrasi

Author: Siddiq Fadzil
Publisher: UNISEL Press
ISBN: 9789672586722
Weight: 0.350
Pages: 215pp
Year: 2022
Price: RM30

Membicarakan isu demokrasi ternyata tidak mudah, terlalu banyak simpang slurnya. Begitu beragamnya versi demokrasi hingga menyukarkan penentuan mana yang tulen dan mana yang yang palsu; dan begitu luwesnya definisi demokrasi sehingga diktator pun tidak malu mengaku demokrat. Memang demokrasi rata-rata dirasakan sebagal faham dan sistem yang membawa harapan terbelanya hak, kepentingan, kuasa dan kedaulatan rakyat, tetapi kecenderungan Ini tidak pula menafikan hakikat bahawa demokrasi sebenarnya tidak pernah sempurna dan kerananya demokrasi terus menerus diperdebat dan dipolemikkan. Antara perkembangan fenomenal dalam pemikiran Islam masa kini ialah kebangkitan minat dan ghairah mewacanakan Isu maqasid al-shari'ah. Memang terkesan wujudnya fenomena kebangkitan kesedaran baru akan kepentingan maqasid al-shari'ah. Setelah hampir membeku selama beberapa abad sejak era al-Shatibly, persoalan al-maqasid disegarkan semula pada pertengahan abad lalu oleh al-Shaykh Muhammad al-Tahir Ibn 'Ashur dan rakan sezamannya. Semenjak Itu wacana al-maqasid semakin berkembang dan menyemarak. Buku ini merupakan sebuah buku kompilasi artikel-artikel yang pernah ditulis oleh Almarhum Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil berkaltan pandangan bellau tentang sistem demokrasi di Malaysia dan bagaimana aplikasi Ilmu maqasid al-shari'ah mampu mengukuhkan sistem kepimpinan demokratik di dalam sesebuah negara yang melaksanakan sistem pemerintahan seperti ini. Tajuk-tajuk yang dihuraikan dalam buku ini juga cukup meluas mengikut falsafah ilmu politik dan maqasidi yang telah didalami oleh penulls sepanjang beliau terlibat dalam dunia politik di Malaysia. Semoga buku ini dapat memberi pendedahan tentang politik dan aplikasi ilmu maqasid al-shari'ah yang diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan ideal.