• Wakaf Infrastruktur FA-305x305
1

Wakaf Infrastruktur Pelaksanaannya di Malaysia

Regular price
RM 61.00
Sale price
RM 61.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Wakaf Infrastruktur Pelaksanaannya di Malaysia

Author: Mohd Ashrof Zaki Yaakob & Ishak Suliaman

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674884413

Weight: 385 g

Pages: 232 pp

Year: 2026

Price: RM61

Wakaf Infrastruktur: Pelaksanaannya di Malaysia merupakan sebuah karya ilmiah yang komprehensif dalam meneroka konsep wakaf sebagai mekanisme pembangunan infrastruktur yang berteraskan Maqasid Al-Sunnah. Berasaskan analisis hadis-hadis dalam al-Kutub al- Sittah, buku ini menghuraikan secara mendalam prinsip wakaf infrastruktur, termasuk takrifan, sejarah serta landasan fiqh yang menyokong pelaksanaannya. Pendekatan tematik terhadap teks-teks hadis membentuk kerangka teoritikal yang kukuh dalam memahami maksud sebenar wakaf infrastruktur menurut perspektif Nabawi. Melangkaui perbincangan teoritikal, buku ini turut menganalisis pelaksanaan praktikal wakaf infrastruktur di Malaysia, termasuk aspek pentadbiran, pengurusan serta inovasi yang dilaksanakan oleh institusi wakaf di peringkat negeri dan nasional. Turut difokuskan ialah sumbangan dan peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam mengembangkan wakaf ilmu dan pendidikan di Malaysia. Inisiatif seperti penubuhan Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ) serta pembangunan infrastruktur kampus melalui dana wakaf menandakan era baharu pengurusan wakaf pendidikan yang lebih tersusun dan strategik. Melalui cadangan garis panduan pelaksanaan wakaf infrastruktur berasaskan hadis, buku ini memberikan saranan praktikal kepada pentadbir wakaf, penggubal dasar serta penggiat akademik dalam merangka model pelaksanaan yang efisien, berintegriti dan lestari. Ia merupakan rujukan penting bagi mereka yang ingin memahami potensi besar wakaf sebagai instrumen pembangunan negara dan platform kebajikan ummah yang berimpak tinggi, khususnya dalam memperkasa instrumen wakaf yang menjadi pemangkin ke arah kelestarian dan kecemerlangan ummah dan negara.