• 99697432
  • 99697434
  • 99697432
  • 99697434
1

Isu-Isu Kontemporari Dalam Al-Quran: Pemikiran Dan Peradaban

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Isu-Isu Kontemporari Dalam Al-Quran: Pemikiran Dan Peradaban

Editor: Mohd Safri Ali, Abdul Hadi Ismail, Kasimah Kamaruddin & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Publisher: Penerbit UNISZA
ISBN : 9789839842944
Year: 2015
Weight:
Pages: 130
Price : RM32

Buku ini merupakan himpunan daripada beberapa artikel yang dibentangkan dalam Seminar al-Quran 2010 dan 2012 dan dikupas selaras dengan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Buku-buku keislaman banyak diterbitkan tetapi buku pemikiran dan peradabvan yang berkaitan dengan al-Quran secara kursus masih kurang diterbitkan. Untuk itu, buku ini menjadi sebahagian daripada wacana pembicaraan pemikiran dan peradaban berteraskna kepada keindahan al-Quran yang masih kurang didedahkan kepada khayalak umum.
Al-Quran menjadi sendi utama dalam mencorak dan mewarnai  kehidupan seorang muslim. Faktor utama kejayaan umat Islam dan pacuan tamadunnya ke puncak tinggi terhasil disebabkan mereka memahami al-Quran. Kefahaman terhadap al-Quran dan pengisian melalui sulaman pemikiran kreatif dan inovatif, terbukti melahirkan masyarakat muslim yang sarat dengan ilmu dan kehebatan. Semua mata sama ada di Barat atau di Timur terfokus kepada umat Islam. Mereka kaget melihat kemunculan sebuah tamadun rabbani tawhidi, berpaksi kepada olahan pemikiran yang diacu oleh tapisan ayat-ayat al-Quran yang sarat dengan hidayah untuk memimpin manusia ke arah jalan hidayah.