Islam dan Sekularisme - Hardback
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
Islam dan Sekularisme
Author: Syed Muhammad Naquib Al - Attas (terj: Khalif Muammar A. Harris)
Publisher: Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)
ISBN: 9789671471876
Weight: 0.426kg
Year: 2020
Page: 236pp
Price : RM60
Islam dan Sekularisme, karya Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kulli, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincangkan dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah bila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategis untuk mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Isl?m sedunia.
Karya agung kulli ini, yang memancarkan pergerakan teguh, wajib dibaca dengan teliti oleh semua golongan terpelajar Muslim termasuk pembuat dasar, dan ahli profesional. Bahkan buku ini patut dijadikan salah satu dari bacaan wajib di institusi pendidikan tinggi. Kewajipan menjadi lebih berat kerana sejak satu dekad kebelakangan ini, terlalu ramai cendekiawan, pemimpin politik dan aktivis Islam sedunia telah dirundung kekeliruan dan penyakit rendah diri yang amat parah, sehingga tidak malu dan segan lagi menolak dasar-dasar agama Islam serta Akhlak dan Shari‘ahnya. Mereka telah mentafsir, dan menilai semuanya dengan kaedah dan rumusan yang terlahir secara langsung daripada program falsafah sekularisasi secara berlebihan. Karya ini sangat baik jika dibaca bersama karya karyanya yang lain yang dapat membantu pembaca memahami dengan lebih baik karya Islam dan Sekularisme ini khasnya, dan pemikiran serta sumbangan beliau umumnya.
PROF WAN MOHD NOR WAN DAUD
Penyandang Kursi Teristimewa Pemikiran Islam
Syed Muhammad Naquib al-Attas