• Politik Penggabungan dalam Sistem Politik Malaysia-305x305
1

Politik Penggabungan Dalam Sistem Politik Malaysia

Regular price
RM 44.00
Sale price
RM 44.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Politik Penggabungan Dalam Sistem Politik Malaysia

Author: Sivamurugan Pandian

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674884482

Weight: 183 g

Pages: 102 pp

Year: 2026

Price: RM44

Politik Penggabungan dalam Sistem Politik Malaysia merupakan sebuah kompilasi wacana ilmiah dan analisis kritikal yang mengupas secara mendalam dinamika politik gabungan dalam konteks kenegaraan Malaysia. Buku ini hadir pada detik penting apabila negara menyaksikan kemunculan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani iaitu simbol transformasi politik ke arah kerjasama merentasi parti, ideologi dan latar belakang etnik. Buku ini menelusuri sejarah panjang politik penggabungan di Malaysia bermula daripada Perikatan dan Barisan Nasional hinggalah kepada koalisi moden seperti Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia meneliti aspek-aspek penting seperti sejarah, institusi, wilayah, etnik dan budaya politik yang telah membentuk landskap politik negara dari dulu hingga kini. Turut diketengahkan ialah cabaran semasa serta keperluan memperkukuh keterangkuman sosial melalui peranan institusi seperti profesion kerja sosial dalam kerangka pentadbiran negara. Buku ini sesuai untuk ahli akademik, pembuat dasar, pelajar dan masyarakat umum yang ingin memahami secara holistik perjalanan politik Malaysia.