Lu Po-Yeh: Daripada Etnik Kepada Bangsa
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Lu Po-Yeh: Daripada Etnik Kepada Bangsa
Author: NG Wee Nee
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672464938
Weight:
Pages: pp
Year:
Price: RM38
Lu Po-yeh adalah seorang yang paling berusaha untuk menjambatani kaum Cina di Malaya dengan budaya tempatan, khususnya bangsa Melayu.’
SM Zakir
‘Buku ini membuka satu tingkap untuk memahami titik permulaan transformasi masyarakat Cina daripada mentaliti diaspora kepada masyarakat tempatan yang mantap.’
Florence Kuek
Buku ini ialah pemerihalan dan analisis terhadap identiti Lu Po-yeh, seorang sasterawan Mahua. Lu Po-yeh, sebagai generasi kedua keturunan Cina di Malaya, telah menghadapi proses penyesuaian dan perubahan dalam perjalanan mencari identiti budaya dan nasionalnya. Dalam penerokaan pembentukan identiti budaya dan nasional beliau, dapat juga diketahui dan difahami proses perubahan pendirian identiti kebanyakan orang Cina di Malaya pada zaman 1950-an—sebelum dan selepas Merdeka—yang berlatarbelakangkan pergolakan sejarah dan komposisi masyarakat pelbagai etnik. Dengan pengalaman hidup Lu Po-yeh dan berikutan perkembangan sejarah, identiti nasional Lu Po-yeh telah berubah daripada kabur, iaitu identiti ‘China’ (maya) pada peringkat awal, menjadi jelas, iaitu identiti ‘Malaya’ (nyata). Oleh itu, beliau bergiat aktif dalam pembinaan negara bangsa Malaya dan memupuk orang Cina mempelajari bahasa Melayu dan memahami budaya tempatan, serta berusaha mendirikan jambatan bahasa dan budaya antara komuniti orang Cina dan orang Melayu.