Kompas Surah al-Fatihah: Tafsir Mendalam 7 Ayat Menuju Khusyuk Solat
- Regular price
- RM 49.00
- Sale price
- RM 49.00
- Regular price
-
RM 49.00
Share
Kompas Surah al-Fatihah: Tafsir Mendalam 7 Ayat Menuju Khusyuk Solat
Author: Ustaz Syaari Ab. Rahman
Publisher: Paradigma Ibrah
ISBN: 9786299504894
Weight: 264 g
Pages: 320 pp
Year: 2026
Price: RM49
Surah al-Fatihah tidak mengajar kita meminta destinasi, tetapi memohon jalan. Jika manusia diminta agar ditunjukkan syurga, akan lahir dakwaan palsu bahawa seseorang atau sesuatu kumpulan sudah dijamin syurga, lalu hilang rasa tanggungjawab dan kewajipan. Inilah punca rasa selesa, sikap merasa terpilih, dan bibit penyimpangan agama.
Allah SWT mendidik hamba Nya agar sentiasa sedar bahawa hidup ini adalah perjalanan, bukan pengakhiran. Selagi manusia masih hidup di dunia, dia belum sampai. Yang patut diminta bukan jaminan, tetapi bimbingan berterusan.
Tujuh ayat surah al-Fatihah ini diturunkan kepada Nabi SAW sebanyak dua kali. Bukan ja sekadar termasuk dalam 13 rukun solat, bahkan kesemua tujuh ayat ini juga difardukan untuk dibata tanpa tertinggal satu ayat pun. Setiap ayat ini memberikan petunjuk terhadap persoalan:
- Siapa Tuhanku yang sebenar?
- Ke mana arah tujuan kehidupanku?
- Apa yang aku perlu lakukan sekarang?
Kompas Surah al-Fatihah mengajak pembaca memahami doa agung ini sebagai pengakuan kerendahan diri:
Aku masih berjalan, aku belum sampai, dan aku amat berhajat kepada petunjuk-Mu.