?Dasar Pembangunan dan Populisme di Malaysia
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dasar Pembangunan dan Populisme di Malaysia
Author: Sity Daud
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674128845
Pages: 207
Weight: 0.311kg
Year: 2020
Price: RM35
Buku ini mengambil pendekatan retrospektif, iaitu dengan meninjau semula dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di Malaysia dengan melihat intipati dan objektif dasar sejak 1970-an bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahannya dan menilai populisme dalam pelbagai tahap pelancaran dan pelaksanaan dasar ini. Mana-mana dasar pembangunan yang baik untuk rakyat Malaysia perlu dikaji semula dari semasa ke semasa supaya pelaksanaannya dapat mengambil kira perubahan dan keperluan semasa. Kesan yang tidak dijangka daripada dasar ini perlu diantisipasi oleh penggubal dan pelaksana dasar kerana ia akan menggagalkan dasar pembangunan. Sejarah dasar pembangunan di Malaysia menunjukkan DEB tidak boleh melampaui masa yang ditetapkan akibat kesan tersembunyi yang tidak dijangka. Apakah ciri-ciri ini masih wujud pada hari ini? Model negara pembangunan Johnson dengan prasyarat asas khususnya birokrasi yang kuat dan cekap, autonomi relatif, agensi khusus dan campur tangan negara yang mesra pasaran telah diaplikasi buat pertama kalinya dalam pelaksanaan DEB. Selain beberapa prasyarat asas yang dicedok terus daripada model Jepun dan Korea Selatan, terdapat prasyarat yang khusus kepada Malaysia, iaitu konsep pemegangan amanah dan tindakan afirmatif di awal pelaksanaan DEB yang berkiblat ke Timur. Model negara pembangunan Malaysia terus kekal selepas 1990-an walaupun perbahasan krisis kewangan Asia 1997 dan krisis ekonomi 2008 telah mendedahkan kelemahan pentadbiran dan salah guna kuasa oleh golongan populis. Persoalan dasar dan populisme ini telah dikupas dengan teliti dan kritikal dalam buku ini bagi menyinggung wacana pembangunan semasa.