?Kisah Nabi Ibrahim, Lut, Shu’ayb, Isma’il, Ishak & Ya’qub
- Regular price
- RM 68.00
- Sale price
- RM 68.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kisah Nabi Ibrahim, Lut, Shu’ayb, Isma’il, Ishak & Ya’qub
Author: Imam Isma'il bin Kathir al-Dimashqi (Ibn Kathir)
Publisher: Karya PiS
ISBN: 9789672910596
Weight: 781g
Pages: 602 pp
Year: 2025
Price: RM68
Buku ini merupakan siri terjemahan karya agung kitab al-Bid?yah wa al-Nih?yah karangan Im?m Ism???l bin Kath?r al-Dimashq? (Im?m Ibn Kath?r). Ia menyajikan sirah enam orang Nabi yang saling berkait rapat: Nabi Ibr?h?m, L??, Shu?ayb, Ism???l, Is??q, dan Ya?q?b.
Kisah ini bermula dengan Nabi Ibr?h?m al-Khal?lu-Ll?h (Kekasih All?h), yang bangkit menentang penyembahan berhala dan berdebat dengan ayahnya, kaumnya yang menyembah semesta alam dan berhala-berhala serta Raja Namrud yang mendakwa dirinya sebagai tuhan. Pembaca akan menyingkap kisah ajaib bagaimana Nabi Ibr?h?m diselamatkan daripada dibakar dalam api.
Daripada keturunan Nabi Ibr?h?m, lahirnya nabi agung yang lain, termasuklah kisah penyembelihan Nabi Ism???l dan khabar gembira kelahiran Nabi Is??q dan Nabi Ya?q?b.
Buku ini juga menceritakan perjuangan Nabi L?? menentang kaum yang melakukan perbuatan keji (hubungan sejenis), yang berakhir dengan pembinasaan kota mereka dengan diangkat dan diterbalikkan, dihujani batu sijj?l. Turut dimuatkan kisah Nabi Shu?ayb, yang digelar Kha??b al-Anbiy?? (Pemidato para Nabi), yang menyeru kaum Madyan yang zalim kerana mengurangkan timbangan dalam urusan jual beli (ta?f?f), sebelum mereka dibinasakan dengan gempa bumi dan pekikan suara.
Keenam-enam kisah ini, apabila dibaca bersama, menghadirkan panorama besar perjuangan para nabi yang menyeru manusia kepada keadilan, kesucian, dan pengabdian hanya kepada All?h semata-mata. Setiap halaman membawa pembaca menyaksikan pergelutan antara keimanan dan kekufuran, antara tauhid dan syirik, antara kebenaran dan kesombongan. Ia bukan sekadar kisah untuk dibaca, tetapi panduan untuk direnung—bagaimana seorang anak berhujah penuh kasih dengan ayahnya yang musyrik, bagaimana seorang nabi memohon keampunan untuk ayah yang menolak kebenaran, dan bagaimana kesetiaan kepada All?h mengatasi segala hubungan darah dan bangsa.
Seperti biasa, siri kisah para Nabi ini dihuraikan secara terperinci berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis, juga riwayat-riwayat yang telah dikumpulkan dan disaring oleh tokoh ulama tafsir dan pakar sejarah Islam, Imam Ibn Kathir -rahimahullah-.
Terjemahan ini diusahakan dengan penuh teliti berdasarkan edisi tahkik Dr. ?Abd All?h bin ?Abd al-Mu?sin al-Turk?, dengan bahasa Melayu moden yang segar, menghidupkan semula kisah-kisah klasik agar dapat dirasai oleh generasi hari ini.
Bagi sesiapa yang ingin memahami bagaimana Islam menegakkan tauhid di tengah-tengah kegelapan syirik, atau ingin menyelami akar sejarah umat melalui para nabi pilihan All?h—buku ini adalah pintu masuk yang mesti dibuka.