?Legasi Berdaulat di Tanah Bertuah
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Legasi Berdaulat di Tanah Bertuah
Authors: Mior Sharul Nizal Mior Ismail
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
ISBN: 9789834936037
Weight: 0.4 kg
Pages: 276 pp
Year: 2022
Price: RM40
Tercatat dalam lipatan sejarah, negeri Selangor pernah diperintah oleh seorang wanita. Raja Siti, yang merupakan Penghulu di Kuala Selangor diangkat menjadi Yamtuan Selangor selepas kemangkatan Arung Passarai, kakanda baginda. Raja Siti, seorang yang berperibadi mulia, mahir dalam seni persilatan, dihormati dan diterima baik oleh para pembesar. Orang Laut, Orang Asli dan rakyat Selangor yang lain. Namun begitu, Raja Siti ditentang oleh Daeng Matteko, seorang anak Raja Bugis yang sentiasa mencari peluang untuk berkuasa di negeri ini. Bermula dengan bersekongkol dengan Raja Kecil Siak, Daeng Matteko menimbulkan kekacauan demi kekacauan bagi melampiaskan hasratnya. Namun demikian, kehebatan Raja Siti sebagai pentadbir menyebabkan impian Daeng Matteko tidak terlaksana.
Setelah Raja Siti mangkat, Raja Lumu, putera Daeng Chelak ditabalkan sebagai Raja Selangor. Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa dihadapi sepanjang pemerintahan baginda. Sokongan daripada para pembesar selain Raja Lumu sendiri seorang yang bijak dan berpandangan jauh menyebabkan halangan dan rintangan tersebut dapat ditangani. Antara peristiwa yang masyhur ialah apabila Sultan Kedah enggan melunaskan hutang sebanyak tujuh bahara emas.
Peristiwa bersejarah ini ditulis semula dengan sangat baik oleh Mior Sharul Nizal Mior Ismail dan Zuraidah Hamsiah Mohamed Nasir dalam bentuk skrip drama pentas. Usaha ini haruslah dipuji dan diberikan sokongan sebagai langkah mendekatkan khalayak dengan sejarah tempatan.