?Panas, Rata Dan Sesak
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Panas, RataDan Sesak
Author: Thomas L. Friedman
Translator: MohdMustamam Abd Karim, Dan Nurulhuda Abdul Rahman
Publisher:ITBM
ISBN: 9789830685809
Year: 2011
Weight: 0.200kg
Price: RM55
Dalam buku Panas, Rata, Sesak, Thomas L. Friedmanmencadangkan peluang meraih kemewahan yang perlu direbut oleh rakyat AmerikaSyarikat (AS), iaitu dengan cara menyelamatkan alam sekitar. Sememangnya semuakarya Friedman sentiasa menyegarkan minda dengan pelbagai lontaran idea supayadiambil manfaat oleh pembaca.
Yang menarik, Friedman menggabungkan tiga topik berlainanuntuk memberikan satu kesimpulan dan kesedaran untuk melindungi alam yang kitaduduki. “Panas” merujuk kepada situasi pemanasan global, “Rata” digambarkandengan dunia yang semakin mengecil dan rata ekoran kemajuan pengangkutan danInternet, dan “Sesak” bermaksud populasi dunia yang semakin bertambah. Melihatpada judulnya, secara automatik dapat menggambarkan isi kandungannya yangmembincangkan isu sains dan politik sumber tenaga.
Buku ini sudah tentunya ada kaitan dengan karya Friedmansebelum ini, Dunia Sama Rata (ITNM, 2010). Friedman dalam buku itu mengomongberkenaan globalisasi yang menyatakan pertambahan populasi dan kemunculan“gergasi” baharu seperti India dan China akan membebankan sumber asli alam yangmempercepatkan lagi pemanasan global. Perkembangan ini menyebabkan Friedmanbermonolog sendiri dalam bab keempat buku terbaharunya, “Can Red China BecomeGreen China?” yang merupakan inti pati penting buku ini.